Saturday 11 February 2012

Kekuatan Kerajaan BN.............


Ekonomi negara berkembang




SEREMBAN: Datuk Seri Najib Razak, berkata kecekapan pengurusan Kerajaan Pusat memungkinkan perkembangan positif ekonomi negara termasuk kejayaan mencatatkan jumlah dagangan paling tinggi, sebanyak RM1.27 trilion tahun lalu.

Perdana Menteri berkata, jika mengambil kira pendapatan Keluaran Negara Kasar (GDP) sebanyak RM560 bilion, nilai dagangan keseluruhan adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding GDP, sekali gus meletakkan Malaysia antara negara paling tinggi dari segi nisbah antara GDP dan nilai dagangan keseluruhan,

Monday 6 February 2012

BN boleh..........

Tahniah Pada Kerajaan Barisan Nasional

Wow!!! Hebat juga kerajaan BN yang dapat membawa masuk projek bernilai RM 6.6 bilion. Apa pula kerajaan PR bawa? 






Malaysia dapat projek RM6.6 bilion di Bangladesh

KUALA LUMPUR 5 Feb. - Sebuah konsortium tempatan akan diwujudkan untuk melaksanakan projek Jambatan Padma pelbagai guna bernilai RM6.6 bilion di Bangladesh selepas kedua-dua negara menandatangani perjanjian sefahaman menjelang akhir bulan ini.

Duta Khas (Prasarana) ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri Samy Vellu berkata, konsortium yang membabitkan syarikat-syarikat pembinaan tempatan itu akan diwujudkan selepas Kerajaan Bangladesh menerima cadangan kewangan dan teknikal projek itu pada minggu lalu.

Jambatan Padma sepanjang 6.15 kilometer adalah kemudahan pelbagai guna bagi jalan raya dan rel merentasi Sungai Padma

Sunday 5 February 2012

Hasan Ali di Ampang...........


Hasan Ali Di Ampang........




Cantiikkk...atas scallop Umno
.....pentas lak warna PKR?

Kerana pentingkan kuasa Hasan Ali di tendang keluar. Adakah apa yang di dakwa oleh sahabat-sahabat Anuar benar.










Hasan di pilih.......


Hassan penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul


PUTRAJAYA 5 Feb. - Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad dipilih sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan sempena sambutan Maulidur Rasul di Masjid Putra di sini hari ini.

Pemilihan itu membolehkan Hassan menerima wang tunai RM50,000, trofi, sijil dan hadiah iringan.


Tutup mulut Anuar............


Anwar dinasihatkan tutup mulut


KUALA LUMPUR 5 Feb. - Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu) menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim agar berhenti mengeluarkan kenyataan yang meragukan kerana ia boleh memecahbelahkan umat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjanya, Fathul Bari Mat Jahya berkata, perbuatan ketua pembangkang itu menafikan apa sahaja yang diperkatakan setelah perkara tersebut menerima kritikan dan menjadi kontroversi, mengakibatkan kekeliruan kepada orang ramai.

Anuar apa lagi yang kau mau lagi