Tuesday, 4 September 2012

Perjuangan PR................

Pembangkang menyalahkan UMNO dan Perkasa

ALOR SETAR - Program tazkirah disampaikan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Al-Hussain, Kampong Pumpong baru-baru ini Pembangkang meyalahkan UMNO dan Perkasa. 

Insiden yang berlaku di Masjid Al-Hussain adalah tunjuk ajar pembangkang sendiri bukan UMNO atau Perkasa lihat gambar dibawah;










Siapa yang mengajar semua ini adakah UMNO dan Perkasa


Tepuk dada tanya selera...........kalau silap minta ampun dan maaf


Monday, 3 September 2012

Samsiah Awang di lantik.........

Samsiah Awang wanita pertama terajui jabatan agama.

                                         
saya petik dari utusan

KUALA TERENGGANU 3 Sept. - Penstrukturan semula Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu menyaksikan Samsiah Awang, (gambar) dilantik sebagai pengarah pertama jabatan tersebut.


Sebab apa di Terengganu kekurangan lelaki untuk menjadi pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama.

Wanita hanya boleh menjadi seorang penjaga yang baik, mereka tidak dapat menjadi seorang yang menstruktur apa-apa perbadanan. Bukan ertinya saya memperlekehkan wanita.


Klau seorang wanita menjadi doktor, akaunten, paramadik, ustazah dan lain-lain lagi, bidang ini yang patut diberi pada golongan wanita bukan sebagai pengarah.


Tepuk dada tanya selera...........kalau silap minta ampun dan maaf


Praalimpik raih pingat perak........


Hasihin raih pingat perak di Sukan Paralimpik London

Hasihin Sanawi meraikan kejayaannya apabila berjaya merangkul pingat perak pada Sukan Paralimpik London dalam acara recurve individu.


PEMANAH elit paralimpik negara Hasihin Sanawi menyumbangkan pingat pertama kepada kontinjen Malaysia pada Sukan Paralimpik London apabila meraih perak hari ini.

Pada saingan akhir acara recurve individu lelaki W1/W2 di Lapang Sasar Memanah Royal Artillery Barrack dekat sini, Hasihin tumpas kepada Oscar de Pellegrin dari Itali dalam pusingan penentuan selepas kedua-dua pemanah itu terikat 5-5 selepas lima set

Bukan Anuar Sahaja Mahfuz Pun.......

Mahfuz: ‘Kasut dibaling nyaris terkena saya’

Mahfuz (kanan) ketika hadir meraikan Rumah Terbuka Aidilfitri PKR Kedah, kelmarin.

ALOR SETAR - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar nyaris terkena balingan kasut oleh kumpulan Perkasa yang hadirmembantah majlis tazkirah Maghrib bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, malam tadi.

Hai!!! cerita macam Bush (PM Amerika Syarikat) kena kasut aja.............

Tepuk Dada Tanya Selera............Pasai apa jadi lagu ni...........

Sunday, 2 September 2012

Memalukan Negara...........

Pengkianat Negara Dan Kurang Ajar


Polis perlu mengambil tindakan terhadap pemuda yang kurang ajar ini. Siapa yang mengajar pemuda ini supaya melakukan benda yang tak senonoh ini???

Polis perlu mengambil tindakan yang tegas terhadap pemuda ini supaya pemuda-pemuda lain tidak terikut dengan perangai sebegini.

Anuar Dihalang!!!

Perkasa halang, tazkirah Anwar di kecoh!!!

Jamaludin (tiga,kanan) bersama ahli Perkasa Kota Setar mengadakan demonstrasi petang emalam.
Zamri Yusuf

ALOR SETAR - Program tazkirah disampaikan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Al-Hussain, Kampong Pumpong di sini, malam tadi berakhir dengan kekecohan membabitkan ahli-ahli Perkasa Kota Setar dan penyokong Pakatan Rakyat (PR).

Tidak sampai dua minit tazkirah bermula, ahli-ahli Perkasa cuba menghalang ucapan disampaikan Anwar dengan pelbagai cara.

Ketika kejadian, berlaku pertikaman lidah antara ahli Perkasa dan penyokong PR dalam masjid berkenaan apabila Anwar, yang juga Ketua Umum PR dan PKR, enggan berhenti daripada menyampaikan tazkirah.

Tidak cukup dengan itu, ahli Perkasa cuba mematikan suis utama lampu, kipas dan pembesar suara masjid berkenaan agar Anwar tidak dapat meneruskan tazkirah.

Bagaimanapun, tazkirah tersebut tetap diteruskan dalam keadaan gelap, panas dan tiada pembesar suara.

Selang 15 minit kemudian, beberapa anggota polis tiba di masjid tersebut untk menghalang cubaan ahli Perkasa memecahkan pintu kaca masjid berkenaan untuk menyerang Anwar.

Terdahulu kira-kira jam 6.20 petang, lebih 50 ahli Perkasa Kota Setar mengadakan demonstrasi menentang penggunaan masjid itu sebagai medan politik.

Timbalan Pengerusi Perkasa Kota Setar, Jamaludin Hashim ketika ditemui berkata, tujuan demonstrasi diadakan adalah untuk menghalang Anwar daripada menyampaikan ceramah politik di masjid tersebut.

Katanya, Perkasa tidak akan membenarkan Anwar menyampaikan tazkirah di masjid berkenaan kerana beliau bukan seorang yang bertauliah untuk berbuat demikian.

“Sekiranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ingin menyampaikan tazkirah di masjid berkenaan, Perkasa tiada halangan kerana beliau seorang yang bertauliah berbanding Anwar.

Mari Kita Bersama-Sama Berjuang Kata............





Gambar gambar yang sempat dirakan oleh rakan seperjuangan saya, dirumah terbuka aidilfitri Datuk Zahid Hamidi yang diadakan di Mindef malam tadi, Gambar tersebut di ambil dari blog: 




Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mengambil contoh pada pilihan raya umum 2004, sindrom selesa ini wujud apabila orang Umno dan BN berada di kemuncak maka mereka merasa terlalu selesa pada ketika itu. “Apabila sindrom selesa ini berada di jiwa kepimpinan Umno di peringkat akar umbi, maka timbul rasa