Monday, 26 December 2011

Presiden Persatuan Anak Felda Saman Felda, Kata Durian Runtuh.........


Tarikh bicara saman KPF, FGVH diketahui esok


KUALA LUMPUR, 26 Dis: Tarikh perbicaraan bagi saman pemula yang difailkan terhadap Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) oleh empat ahli KPF akan diketahui esok.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, pihaknya berharap Hakim Mahkamah Tinggi Temerloh akan menetapkan tarikh perbicaraan sebelum 5 Januari kerana tujuan saman itu difailkan adalah untuk memohon injunksi mahkamah bagi menghalang Mesyuarat Agung Perwakilan Khas KPF pada tarikh tersebut.

Cerita apa pulak niiiiiii..........nak apa lagi dan siapa lagi hehehehehehe

Rasuah lagi............

SPRM siasat rasuah, seleweng kontrak Iskandar?



 KUALA LUMPUR 26 Dis. - Sebuah syarikat pemaju yang terlibat dalam projek mega membangunkan Iskandar Malaysia, Johor sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan wujudnya unsur rasuah dalam projek yang bernilai bilion ringgit itu.

Permainan Badminton negara akan berakhir...........


Shabery minta Misbun, BAM bantu Chong Wei



2011/12/26KEMAMAN: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, meminta Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Datuk Misbun Sidek mencari satu formula untuk mengubat "kerinduan" pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terhadap bekas jurulatihnya itu. 

Beliau berkata kedua-dua pihak perlu meletakkan soal menjaga air muka masing-masing ke tepi, sebaliknya meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaan demi masa depan badminton negara.

Adakah BAM dan Datuk Misbun Sidek pentingkan negara atau pentingkan ego masing-masing. Datuk Lee Chong Wei perlukan pasukan bukan individu-individu yang pentingkan kemegahan diri sendiri. Ini akan memebawa kehancuran kepada permainan badminton Negara kita. 

Apa dah jadi 500 ahli PKR dah keluar parti.




Angkatan Pemuda PKR keluar parti kerana tidak puas hati, apakah ini tanda-tanda BN akan menang atau ada udang di sebalik mee. 


Lepas Khir Toyo siapa ???????





Siapa pula selepas Khir Toyo


KUALA LUMPUR, 26 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) melihat keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas Dr Khir Toyo atas tuduhan rasuah membuktikan telahan rakyat selama ini bahawa benarlah beliau terlibat dengan rasuah semasa menjadi Menteri Besar Selangor.

Siapa lagi lepas Khir Toyo mestilah Anuar Ibrahim siapa lagi

Pada 9 January 2012 dato Sri Anuar pun nak ke makahmah kalau beliau dijatuhkan hukum penjara adakah pihak Pas menerimanya atau PR menerimanya. Adakah PR akan membuat bantahan.


Anuar atau Khir Toyo, siapa cepat sampai penjara ?

















  

Sunday, 25 December 2011

Roboh Madrasah Sallihiah.........


Kerajaan Pas Kedah tetap berkeras

utusankedah@utusan.com.my



PENDANG 25 Dis. – Kerajaan Pas Kedah tetap dengan keputusan untuk merobohkan Madrasah Salihiah di Alor Setar meskipun terdapat cadangan agar dilakukan pengubahsuaian terhadap pelan pembinaan kompleks membeli belah yang akan menjejaskan madrasah berusia lebih 100 tahun itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, selaku graduan lulusan Universiti Al-Azhar, beliau tahu mengenai hukum hakam dan keputusan untuk membenarkan pengambilan tapak serta bangunan madrasah berstatus wakaf khas berkenaan dibuat hanya selepas mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri.

Menurutnya, pihak luar termasuk Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir tidak perlu campur tangan dalam perkara tersebut kerana soal mengubah pelan projek pembinaan kompleks membeli belah berkenaan adalah urusan kerajaan negeri.

“Mukhriz nak kacau apa, kita tengah bincang dah sekarang. Tunggu dia jadi menteri besar esok, dia cakap. Sekarang biar saya selesaikan masalah itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Titi Akar, di sini semalam.

Beliau ditanya mengenai cadangan Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Kedah agar kerajaan negeri menggunakan kuasanya untuk berbincang dengan syarikat pemaju bagi memulihara tanah wakaf yang berkeluasan 0.08 hektar itu.

Menurut Ahli Parlimen Jerlun itu, di kebanyakan tempat lain termasuk di Kuala Lumpur, pembinaan kompleks membeli-belah terpaksa diubah suai pelannya untuk memastikan rumah ibadat tidak diusik.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk jawatankuasa madrasah mengecam tindakan kerajaan negeri yang membenarkan madrasah itu dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks membeli-belah.

Azizan mendakwa, sokongan pemimpin UMNO terhadap usaha mempertahankan kewujudan madrasah itu bermotifkan politik kerana mereka ketandusan isu untuk dimainkan di negeri ini.

Katanya, isu mengenai Madrasah Salihiah adalah perkara kecil dan orang ramai sudah tidak berminat dengannya berbanding isu lain di peringkat nasional yang lebih besar.

“Cari publisiti lain untuk politik, banyak lagi isu lain. Ini hanya perkara kecil, dia hanya mahu tarik perhatian. Orang pun dah tak berminat,” katanya.

Bom lagi..........................



Africa

Nigeria churches hit by blasts


The St Theresa Church where the attack killed at least 25.

At least 25 dead bodies removed from church near Abuja, with four more attacks reported in other locat
ions.

At least 25 people have been killed by an explosion outside a church near the Nigerian capital during Christmas celebrations, according to a relief worker.