Friday, 7 September 2012

Berdakwah Untuk Siapa???

Soalan Yang Ditujukan Oleh Shabat saya siapa yang perlu berdakwah dengan orang-orang bukan Islam.

Saya ingim menjawap seolan tersebut tetapi saya risau sahabat saya nanti tersingung hatinya. Tetapi sahabat saya telah mengingatkan saya supaya menjawap seolan tersebut dan mengingatkan saudara-saudara yang diluar sana bahawa kerja dakwah ini perlu dilaksanakan oleh setiap individu untuk diri sendiri dan bukan untuk menunjuk-nujuk. 

Jawapan sahabat saya bahawa siapa yang perlu mendakwah orang bukan Islam adalah kita sendiri. Jadi soalan yang ditujukan oleh sahabat saya, bahwa beliau lupa bahawa beliau yang perlu berdakwah dan kita semua perlu melakukan kerja dakwah ini. Tiada lagi dibumi ini akan diturunkan seorang lagi nabi, siapa yang perlu lakukan kerja nabi iaitu kita sendiri umat Nabi saw.


Kita.kita.kita.kita jangan tanya orang lain , tanya diri sendiri dulu.



Allah berfirman yang bermaksud:

"Siapakah yang terlebih baik perkataannya daripada orang yang Menyeru
kepada Allah dan beramal soleh seraya berkata:"Sesungguhnya saya salah
seorang Muslim." (Fussshilat ayat 33)

Perkataan ataupun ucapan menyeru manusia ke jalan Allah adalah suatu amalan yang terbaik dan mulia. Tugas suci ini telah dilaksanakan oleh Rasul-Rasul Allah semenjak mula manusia diciptakan, yang telah ditunaikan oleh ramai utusan Allah S.W.T. antara lain Adam a.s., Noah a.s, Hud a.s, Ibrahim a.s (Abraham), Ismail a.s, .Ishak a.s.(Isaac), Ya'qub a.s.(Yacob), Yusuf a.s.(Joseph), Musa a.s(Moses), Daud a.s.(David), Sulaiman a.s.(Solomon), Isa a.s. (Jesus) dan hingga ke akhir Rasulullah Muhammad s.a.w.

Semua mereka menyeru ke jalan Allah, jalan yang benar dan melarang manusia dari perbuatan yang keji dan jahat.

Semua utusan Allah itu telah melaksanakan tugas mereka dengan baik dengan tidak mengharapkan apa-apa upah, malah mereka telah mengorbankan harta benda malah ramai pula diantara mereka yang dikejaar-kejar dan ingin dibunuh, seperti apa yang telah dialami oleh Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. dan juga apa yang telah dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Rasulullah s.a.w.mengajak manusia ke jalan Allah dengan lemah lembut dan kasih sayang sesuai dengan 

Firman Allah yang maksudnya:

"Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah (kebijaksanaan) dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dijalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."(Annahl:125)

Usaha menyeru manusia ke jalan Allah bukanlah pekerjaan yang mudah, ia memerlukan pengorbanan segalanya, baik tenaga, harta benda jika diperlukan nyawa sekalipun. Usaha yang mulia ini akan berhadapan dengan banyak halangan dan rintangan yang datangnya dari berbagai penjuru. Jika kita tabah menghadapinya Insya-Allah usaha Dakwah kita akan berjaya.      Oleh Ustaz Syed Hasan Alatas

No comments:

Post a Comment