Saturday 22 September 2012

69 Komando Malaysia ..........

Malaysia mempunyai Komando yang hebat di dunia


 






Misi dan operasi

Pasukan elit 69 Komando dan UTK mempunyai rekod pertempuran yang baik tetapi mempunyai profil yang rendah.
Sebagai 'Special Force' yang menganggotai Pasukan Mencegah Keganasan bersama tiga unit elit Angkatan Tentera Malaysia yang lain Majlis Keselamatan Negara (MKN) dibawah arahan no 18 iaitu pengurusan dan pengendalian krisis , 69 Komando PGK merupakan responder keempat dan diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan selepas Rejimen Gerak Khas (RGK), Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan Pasukan Khas Udara (PASKAU) untuk menangani krisis dan keganasan yang kritikal.Jika sekiranya Unit Tindak Khas gagal menangani sebarang keadaan ancaman.



.1969 - 69 Komando memulakan operasi pertamanya di hutan dan berjaya menumpaskan sebilangan besar komunis dan merampas kesemua senjata dan kelengkapan komunis.

.19 November 1985 - Unit anti-pengganas Unit Tindakan Khas (UTK) bersama seluruh formasi PDRM didalam operasi yang dikenali sebagai Ops Hapus melakukan serbuan ke atas kediaman Ibrahim Mahmud yang dikenali sebagai Ibrahim Libya di Kampung Memali, Baling, Kedah yang menyebabkan beliau terkorban ditembak berpuluh kali di dadanya bersama 13 penduduk kampung. Selain itu, seorang pegawai kanan PPH dan dua anggota polis turut terkorban, dipercayai tertembak sesama sendiri.

.Berikutan insiden kegiatan lanun yang mengganas di kawasan pekan di Sabah, pasukan 69 Komando PGK telah dihantar beroperasi untuk menumpaskan aktiviti lanun di Sabah dan hasilnya, kegiatan lanun berjaya dihapuskan.

.Oktober 1985 - Unit Tindakan Khas terlibat dalam satu operasi menyelamat tebusan seorang doktor dan pembantu perubatan oleh enam banduan yang bersenjata api di Penjara Pudu, Kuala Lumpur. Enam hari kemudian, serbuan yang dijalankan berjaya membuahkan hasil apabila tebusan tersebut berjaya diselamatkan, manakala Jimmy Chua, seorang penjenayah warga Singapura yang merupakan dalang disebalik drama tebusan tersebut berjaya ditangkap dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

.2001 Seorang ahli militan MNLF Filipina bernama Rizal Aleh berjaya melarikan diri ke Sabah bersama bapanya dan memulakan kegiatan jenayah dengan taktik-taktik lanun. Apabila 69 Komando yang diketuai oleh DSP Mohd Noor bin Razak dihantar sekali lagi ke Sabah dalam Operasi yang digelar OPS Rambo II, Rizal, bapanya dan rakan-rakannya berjaya diberkas dan dihadapkan ke mahkamah Semenanjung atas jenayah yang dilakukan, kemudiannya Rizal dan bapanya diserahkan kepada kerajaan Filipina memandangkan kedua-duanya amat dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara tersebut.

.2005 - Lima pegawai dan 32 anggota dari Pasukan Anti-Pengganas 69 Komando Ulu Kinta telah diterbangkan ke Kukup bagi melaksanakan operasi merampas semula sebuah kapal MV Natris yang telah ditukar nama kepada MV Paulijing dipercayai dilarikan di perairan Bertam,Indonesia. Kapal tersebut telah dikesan oleh Pasukan Gerakan Marin di perairan Selat Melaka setelah dilaporkan hilang pada tahun 2003. Operasi ini telah dinamakan sebagai Ops MV Paulijing. Operasi ini juga melibatkan anggota dari Pasukan Khas Pasukan Gerakan Marin.

.29 Jun 1994 - Unit Tindak Khas telah melakukan serbuan ke atas sebuah tempat persembunyian P. Kalimuthu atau Bentong Kali di Medan Damasara, Selangor. Dalam serbuan ini, penjenayah yang paling dikehendaki polis ini berjaya ditembak mati.

.1 April 2009 - Unit anti-pengganas Unit Tindakan Khas bersama Cawangan Khas PDRM didalam operasi pada waktu Subuh melakukan serbuan ke atas persembunyian Ketua Jemaah Islamiah Singapura, Mas Selamat Kastari di Kampung Tawakal, Skudai, Johor yang menyebabkan beliau berjaya ditangkap bersama 2 orang kanannya, Abdul Matin dan Johar. Penangkapan pemimpin JI dan juga pengganas berbahaya Asia ini merupakan satu kejayaan besar PDRM dalam usaha membanteras keganasan.

.69 Komando juga terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat bersama anngota penyelamat seperti Jabatan Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam seperti Kes Orang Hilang, Pesawat Terhempas dan Lemas. Antaranya ialah Misi Mencari dan Menyelamat Pesawat Helikopter Milik Hornbills Skyways yang terhempas di Sarawak, Insiden Jambatan Gantung Runtuh Di Perak dan Pesawat Nuri Yang Terhempas yang telah mengorbankan anggota TUDM di Pahang.

wow!!! hebat juga negara kita.............

No comments:

Post a Comment