Monday 22 April 2013

Hak Melayu Musnah Jika Salah Undi

Berhati Hati Sebelum Terlambat

Tujuh wasiat Raja-Raja Melayu

Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera. Adalah tujuh perkara;

1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, Persekutan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

2. Kami istiharkan dan kami simpan untuk kamu dan benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50% selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3.Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4. Kami kekalkan dan jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini.

5. Kami isytiharkan Islam ialah Agama Perseketuan.

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu.

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawapkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).



....................................................................................................................

Tujuh wasiat ini amatlah penting bagi seluruh rakyat Malaysia kerana, pada masa akan datang Melayu dan bangsa lain, masing-masing tahu kedudukan mereka. Bukan ertinya rakyat bukan Melayu dipingirkan. Rakyat bukan Melayu tidak mempunyai hak untuk memiliki harta kepunyaan tok moyang orang-orang Melayu.

Jika kita lihat politik semasa akan membawa kepada keadaan sebegini untuk merebut harta dan negara kepunyaan orang-orang Melayu. 

No comments:

Post a Comment