Wednesday, 10 October 2012

Serangan Terbaru Nasharudin...........


Nasharudin Mat Isa 'langgar tembok'...


Lokasinya ialah Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Tidak payah sebut panjang-panjang semua orang tahu itu adalah bangunan dimana terletaknya ibupejabat UMNO.

Petang Selasa suasana dingin dalam Dewan Merdeka 'jadi panas' bila bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang juga Ahli Parlimen Bachok,Kelantan naik ke pentas untuk menyampaikan kertaskerjanya pada hari akhir Seminar Dakwah Nasional di situ.

Perhatian lebih 1,000 peserta yang terdiri dari tokoh-tokoh agama,intelektual dan pemikir serta wartawan yang membuat liputan bertumpu kepadanya.

Beliau tidak membaca teks kertas kerjanya yang bertajuk " Dakwah Islamiyah Dalam Mendepani Kemelut Politik Semasa Malaysia' yang sudah diedarkan kepada para peserta sebelum itu.

Sebaliknya beliau berucap tanpa teks.Ucapannya dengan nada sedarhana tidak panjang.Cuma sekitar 20 minit sahaja.Namun ia boleh kata menjadi ' kemuncak' seminar dua hari anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia ( MUAFAKAT).

Isunya bukan soal seorang tokoh PAS berada lokasi - PWTC yang menjadi markas UMNO tetapi ledakan Nasharudin tentang perlunya umat Islam negara ini bersatu.




Tanpa berselindung - beliau menyuarakan rasa hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti UMNO dan PAS dilihat sebagai 'taboo' atau dalam bahasa mudahnya 'haram'.

Dari sudut politik Nasharudin dikira sudah langgar tembok menyuarakan semula pendirian dan pandangannya mengenai isu yang kontrovesial di kacamata PAS ini.

Ini kalau kita singkap balik kisah tahun 2009 bilamana Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 'meletop' memintanya meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS dan Ahli Parlimen Bachok jika masih meneruskan hasrat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan UMNO-PAS.

Menteri Besar Kelantan itu yang diketahui umum menyimpan dendam kesumat terhadap UMNO langsung tidak dapat menerima idea yang diketengahkan oleh tokoh moderate PAS ini.

Tok Guru PAS itu sanggup tenggelam timbul dengan DAP sekalipun satu dunia tahu pendirian parti itu terhadap perjuangan asal PAS.

Meneliti kata-katanya pada seminar itu jelas Nasharudin nampaknya sudah set tidak pandang belakang dan sedia berdepan dengan risiko tindakan partinya.

"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" kata yang dipercayai merujuk kepada sikap konservatif sesetengah pimpinan atasan PAS dan golongan Anwarista parti itu yang membuka diri berdakap dengan DAP.

Beliau mengingatkan kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam.

Nasharudin mempersoalkan dalam sejarah kemenangan umat Islam adakah ia pernah dibantu oleh orang bukan Islam.




"Saya pernah bertanya dua kali kepada seorang pemimpin Islam, adakah dalam sejarah kemenangan umat Islam, pernah dibantu oleh orang bukan Islam?

"Beliau menjawab kemenangan Islam dari dulu sampai bila-bila berada di tangan umat Islam sendiri sahaja," katanya.

Beliau juga bertanya "jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi?

Beliau mengingatkan agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehinggakan sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Katanya dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Beliau pergi lebih jauh lagi dengan mempersoalkan sama ada golongan bukan Islam kini berbaik dengan umat Islam "untuk kesenangan bersama dalam langkah percaturan politik singkat semata-mata untuk meraih sokongan di peti undi".

"Atau sememangnya benar bukan Islam kini insaf dan mula mengenali Islam yang maha adil dan benar-benar ingin mendokong cita-cita Islam yang diimani oleh majoriti umat Islam dalam konteks mengubah pemerintahan sedia ada ke arah sebuah pemerintahan baru yang bersama-sama mendukung jemaah Islam?,"

Katanya jika benar begitu,takdirnya dalam PRU13 nanti,kumpulan bukan Islam memenangi suara terbanyak dalam parlimen,apakah amalan Islam yang terlaksana dalam pelbagai institusi kini termasuk Mahkamah Syariah,Perbankan Islam,Majlis Agama Islam Negeri-negeri dapat dipertahankan malah diperbaiki atau ia dihapus secara perlahan-lahan.

"Kita amat bimbang jika berlaku keadaan habis madu sepah dibuang.Amat dukacita jika kita mengambil sikap terlalu kuat mengutamakan ikatan politik daripada menjaga agama dan mempertahankan agama Islam kita sendiri,"katanya.

Serentak dengan itu Nasharudin secara terbuka di seminar itu menyifatkan tindakannya menghentam Karpal Singh menolak hajat PAS hendak tubuh negara Islam sebagai satu dakwah.

Tanpa mempedulikan Pengerusi DAP itu kata hendak saman,beliau dakwa Karpal adalah anti Islam bukan anti-Hudud .

Beliau menegaskan Karpal tidak berhak menentang perundangan yang ditetapkan Allah.

Bekas Timbalan Presiden PAS itu juga menyuarakan sokongannya pada pandangan Timbalan Musyridul Am PAS,Datuk Dr Haron Din yang hentam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana lancar buku seorang tokoh Islam liberal India yang tolak negara Islam di Kuala Lumpur baru-baru ini

Pada awal ucapannya Nasharudin telah mencuri perhatian para peserta bila mendakwa satu majlis kesyukuran telah diadakan selepas pilihanraya negeri Sarawak dimana ada doa dibuat agar Malaysia menjadi negara Kristian.

Beliau mengajak umat Islam bersatu untuk berdepan dengan strategi yang dirancang oleh musuh Allah di negara ini.

Bercakap kepada wartawan selepas seminar itu Nasharudin berkata beliau tidak bimbang langsung risiko berdepan dengan tindakan dari PAS kerana bersuara begini.

"Pendirian saya jelas. Boleh kata semua tau pendirian saya. Saya tak takut nyatakan pendirian saya,"katanya.

Baginya soal ahli parti dan sebagainya adalah soal kedua kerana yang utama ialah agama Islam
.

Saturday, 22 September 2012

69 Komando Malaysia ..........

Malaysia mempunyai Komando yang hebat di dunia


 






Misi dan operasi

Pasukan elit 69 Komando dan UTK mempunyai rekod pertempuran yang baik tetapi mempunyai profil yang rendah.
Sebagai 'Special Force' yang menganggotai Pasukan Mencegah Keganasan bersama tiga unit elit Angkatan Tentera Malaysia yang lain Majlis Keselamatan Negara (MKN) dibawah arahan no 18 iaitu pengurusan dan pengendalian krisis , 69 Komando PGK merupakan responder keempat dan diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan selepas Rejimen Gerak Khas (RGK), Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan Pasukan Khas Udara (PASKAU) untuk menangani krisis dan keganasan yang kritikal.Jika sekiranya Unit Tindak Khas gagal menangani sebarang keadaan ancaman.



.1969 - 69 Komando memulakan operasi pertamanya di hutan dan berjaya menumpaskan sebilangan besar komunis dan merampas kesemua senjata dan kelengkapan komunis.

.19 November 1985 - Unit anti-pengganas Unit Tindakan Khas (UTK) bersama seluruh formasi PDRM didalam operasi yang dikenali sebagai Ops Hapus melakukan serbuan ke atas kediaman Ibrahim Mahmud yang dikenali sebagai Ibrahim Libya di Kampung Memali, Baling, Kedah yang menyebabkan beliau terkorban ditembak berpuluh kali di dadanya bersama 13 penduduk kampung. Selain itu, seorang pegawai kanan PPH dan dua anggota polis turut terkorban, dipercayai tertembak sesama sendiri.

.Berikutan insiden kegiatan lanun yang mengganas di kawasan pekan di Sabah, pasukan 69 Komando PGK telah dihantar beroperasi untuk menumpaskan aktiviti lanun di Sabah dan hasilnya, kegiatan lanun berjaya dihapuskan.

.Oktober 1985 - Unit Tindakan Khas terlibat dalam satu operasi menyelamat tebusan seorang doktor dan pembantu perubatan oleh enam banduan yang bersenjata api di Penjara Pudu, Kuala Lumpur. Enam hari kemudian, serbuan yang dijalankan berjaya membuahkan hasil apabila tebusan tersebut berjaya diselamatkan, manakala Jimmy Chua, seorang penjenayah warga Singapura yang merupakan dalang disebalik drama tebusan tersebut berjaya ditangkap dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

.2001 Seorang ahli militan MNLF Filipina bernama Rizal Aleh berjaya melarikan diri ke Sabah bersama bapanya dan memulakan kegiatan jenayah dengan taktik-taktik lanun. Apabila 69 Komando yang diketuai oleh DSP Mohd Noor bin Razak dihantar sekali lagi ke Sabah dalam Operasi yang digelar OPS Rambo II, Rizal, bapanya dan rakan-rakannya berjaya diberkas dan dihadapkan ke mahkamah Semenanjung atas jenayah yang dilakukan, kemudiannya Rizal dan bapanya diserahkan kepada kerajaan Filipina memandangkan kedua-duanya amat dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara tersebut.

.2005 - Lima pegawai dan 32 anggota dari Pasukan Anti-Pengganas 69 Komando Ulu Kinta telah diterbangkan ke Kukup bagi melaksanakan operasi merampas semula sebuah kapal MV Natris yang telah ditukar nama kepada MV Paulijing dipercayai dilarikan di perairan Bertam,Indonesia. Kapal tersebut telah dikesan oleh Pasukan Gerakan Marin di perairan Selat Melaka setelah dilaporkan hilang pada tahun 2003. Operasi ini telah dinamakan sebagai Ops MV Paulijing. Operasi ini juga melibatkan anggota dari Pasukan Khas Pasukan Gerakan Marin.

.29 Jun 1994 - Unit Tindak Khas telah melakukan serbuan ke atas sebuah tempat persembunyian P. Kalimuthu atau Bentong Kali di Medan Damasara, Selangor. Dalam serbuan ini, penjenayah yang paling dikehendaki polis ini berjaya ditembak mati.

.1 April 2009 - Unit anti-pengganas Unit Tindakan Khas bersama Cawangan Khas PDRM didalam operasi pada waktu Subuh melakukan serbuan ke atas persembunyian Ketua Jemaah Islamiah Singapura, Mas Selamat Kastari di Kampung Tawakal, Skudai, Johor yang menyebabkan beliau berjaya ditangkap bersama 2 orang kanannya, Abdul Matin dan Johar. Penangkapan pemimpin JI dan juga pengganas berbahaya Asia ini merupakan satu kejayaan besar PDRM dalam usaha membanteras keganasan.

.69 Komando juga terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat bersama anngota penyelamat seperti Jabatan Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam seperti Kes Orang Hilang, Pesawat Terhempas dan Lemas. Antaranya ialah Misi Mencari dan Menyelamat Pesawat Helikopter Milik Hornbills Skyways yang terhempas di Sarawak, Insiden Jambatan Gantung Runtuh Di Perak dan Pesawat Nuri Yang Terhempas yang telah mengorbankan anggota TUDM di Pahang.

wow!!! hebat juga negara kita.............

Friday, 7 September 2012

Berdakwah Untuk Siapa???

Soalan Yang Ditujukan Oleh Shabat saya siapa yang perlu berdakwah dengan orang-orang bukan Islam.

Saya ingim menjawap seolan tersebut tetapi saya risau sahabat saya nanti tersingung hatinya. Tetapi sahabat saya telah mengingatkan saya supaya menjawap seolan tersebut dan mengingatkan saudara-saudara yang diluar sana bahawa kerja dakwah ini perlu dilaksanakan oleh setiap individu untuk diri sendiri dan bukan untuk menunjuk-nujuk. 

Jawapan sahabat saya bahawa siapa yang perlu mendakwah orang bukan Islam adalah kita sendiri. Jadi soalan yang ditujukan oleh sahabat saya, bahwa beliau lupa bahawa beliau yang perlu berdakwah dan kita semua perlu melakukan kerja dakwah ini. Tiada lagi dibumi ini akan diturunkan seorang lagi nabi, siapa yang perlu lakukan kerja nabi iaitu kita sendiri umat Nabi saw.


Kita.kita.kita.kita jangan tanya orang lain , tanya diri sendiri dulu.



Allah berfirman yang bermaksud:

"Siapakah yang terlebih baik perkataannya daripada orang yang Menyeru
kepada Allah dan beramal soleh seraya berkata:"Sesungguhnya saya salah
seorang Muslim." (Fussshilat ayat 33)

Perkataan ataupun ucapan menyeru manusia ke jalan Allah adalah suatu amalan yang terbaik dan mulia. Tugas suci ini telah dilaksanakan oleh Rasul-Rasul Allah semenjak mula manusia diciptakan, yang telah ditunaikan oleh ramai utusan Allah S.W.T. antara lain Adam a.s., Noah a.s, Hud a.s, Ibrahim a.s (Abraham), Ismail a.s, .Ishak a.s.(Isaac), Ya'qub a.s.(Yacob), Yusuf a.s.(Joseph), Musa a.s(Moses), Daud a.s.(David), Sulaiman a.s.(Solomon), Isa a.s. (Jesus) dan hingga ke akhir Rasulullah Muhammad s.a.w.

Semua mereka menyeru ke jalan Allah, jalan yang benar dan melarang manusia dari perbuatan yang keji dan jahat.

Semua utusan Allah itu telah melaksanakan tugas mereka dengan baik dengan tidak mengharapkan apa-apa upah, malah mereka telah mengorbankan harta benda malah ramai pula diantara mereka yang dikejaar-kejar dan ingin dibunuh, seperti apa yang telah dialami oleh Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. dan juga apa yang telah dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Rasulullah s.a.w.mengajak manusia ke jalan Allah dengan lemah lembut dan kasih sayang sesuai dengan 

Firman Allah yang maksudnya:

"Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah (kebijaksanaan) dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dijalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."(Annahl:125)

Usaha menyeru manusia ke jalan Allah bukanlah pekerjaan yang mudah, ia memerlukan pengorbanan segalanya, baik tenaga, harta benda jika diperlukan nyawa sekalipun. Usaha yang mulia ini akan berhadapan dengan banyak halangan dan rintangan yang datangnya dari berbagai penjuru. Jika kita tabah menghadapinya Insya-Allah usaha Dakwah kita akan berjaya.      Oleh Ustaz Syed Hasan Alatas

Tuesday, 4 September 2012

Perjuangan PR................

Pembangkang menyalahkan UMNO dan Perkasa

ALOR SETAR - Program tazkirah disampaikan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Al-Hussain, Kampong Pumpong baru-baru ini Pembangkang meyalahkan UMNO dan Perkasa. 

Insiden yang berlaku di Masjid Al-Hussain adalah tunjuk ajar pembangkang sendiri bukan UMNO atau Perkasa lihat gambar dibawah;










Siapa yang mengajar semua ini adakah UMNO dan Perkasa


Tepuk dada tanya selera...........kalau silap minta ampun dan maaf


Monday, 3 September 2012

Samsiah Awang di lantik.........

Samsiah Awang wanita pertama terajui jabatan agama.

                                         
saya petik dari utusan

KUALA TERENGGANU 3 Sept. - Penstrukturan semula Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu menyaksikan Samsiah Awang, (gambar) dilantik sebagai pengarah pertama jabatan tersebut.


Sebab apa di Terengganu kekurangan lelaki untuk menjadi pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama.

Wanita hanya boleh menjadi seorang penjaga yang baik, mereka tidak dapat menjadi seorang yang menstruktur apa-apa perbadanan. Bukan ertinya saya memperlekehkan wanita.


Klau seorang wanita menjadi doktor, akaunten, paramadik, ustazah dan lain-lain lagi, bidang ini yang patut diberi pada golongan wanita bukan sebagai pengarah.


Tepuk dada tanya selera...........kalau silap minta ampun dan maaf


Praalimpik raih pingat perak........


Hasihin raih pingat perak di Sukan Paralimpik London

Hasihin Sanawi meraikan kejayaannya apabila berjaya merangkul pingat perak pada Sukan Paralimpik London dalam acara recurve individu.


PEMANAH elit paralimpik negara Hasihin Sanawi menyumbangkan pingat pertama kepada kontinjen Malaysia pada Sukan Paralimpik London apabila meraih perak hari ini.

Pada saingan akhir acara recurve individu lelaki W1/W2 di Lapang Sasar Memanah Royal Artillery Barrack dekat sini, Hasihin tumpas kepada Oscar de Pellegrin dari Itali dalam pusingan penentuan selepas kedua-dua pemanah itu terikat 5-5 selepas lima set

Bukan Anuar Sahaja Mahfuz Pun.......

Mahfuz: ‘Kasut dibaling nyaris terkena saya’

Mahfuz (kanan) ketika hadir meraikan Rumah Terbuka Aidilfitri PKR Kedah, kelmarin.

ALOR SETAR - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar nyaris terkena balingan kasut oleh kumpulan Perkasa yang hadirmembantah majlis tazkirah Maghrib bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, malam tadi.

Hai!!! cerita macam Bush (PM Amerika Syarikat) kena kasut aja.............

Tepuk Dada Tanya Selera............Pasai apa jadi lagu ni...........

Sunday, 2 September 2012

Memalukan Negara...........

Pengkianat Negara Dan Kurang Ajar


Polis perlu mengambil tindakan terhadap pemuda yang kurang ajar ini. Siapa yang mengajar pemuda ini supaya melakukan benda yang tak senonoh ini???

Polis perlu mengambil tindakan yang tegas terhadap pemuda ini supaya pemuda-pemuda lain tidak terikut dengan perangai sebegini.

Anuar Dihalang!!!

Perkasa halang, tazkirah Anwar di kecoh!!!

Jamaludin (tiga,kanan) bersama ahli Perkasa Kota Setar mengadakan demonstrasi petang emalam.
Zamri Yusuf

ALOR SETAR - Program tazkirah disampaikan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Al-Hussain, Kampong Pumpong di sini, malam tadi berakhir dengan kekecohan membabitkan ahli-ahli Perkasa Kota Setar dan penyokong Pakatan Rakyat (PR).

Tidak sampai dua minit tazkirah bermula, ahli-ahli Perkasa cuba menghalang ucapan disampaikan Anwar dengan pelbagai cara.

Ketika kejadian, berlaku pertikaman lidah antara ahli Perkasa dan penyokong PR dalam masjid berkenaan apabila Anwar, yang juga Ketua Umum PR dan PKR, enggan berhenti daripada menyampaikan tazkirah.

Tidak cukup dengan itu, ahli Perkasa cuba mematikan suis utama lampu, kipas dan pembesar suara masjid berkenaan agar Anwar tidak dapat meneruskan tazkirah.

Bagaimanapun, tazkirah tersebut tetap diteruskan dalam keadaan gelap, panas dan tiada pembesar suara.

Selang 15 minit kemudian, beberapa anggota polis tiba di masjid tersebut untk menghalang cubaan ahli Perkasa memecahkan pintu kaca masjid berkenaan untuk menyerang Anwar.

Terdahulu kira-kira jam 6.20 petang, lebih 50 ahli Perkasa Kota Setar mengadakan demonstrasi menentang penggunaan masjid itu sebagai medan politik.

Timbalan Pengerusi Perkasa Kota Setar, Jamaludin Hashim ketika ditemui berkata, tujuan demonstrasi diadakan adalah untuk menghalang Anwar daripada menyampaikan ceramah politik di masjid tersebut.

Katanya, Perkasa tidak akan membenarkan Anwar menyampaikan tazkirah di masjid berkenaan kerana beliau bukan seorang yang bertauliah untuk berbuat demikian.

“Sekiranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ingin menyampaikan tazkirah di masjid berkenaan, Perkasa tiada halangan kerana beliau seorang yang bertauliah berbanding Anwar.

Mari Kita Bersama-Sama Berjuang Kata............





Gambar gambar yang sempat dirakan oleh rakan seperjuangan saya, dirumah terbuka aidilfitri Datuk Zahid Hamidi yang diadakan di Mindef malam tadi, Gambar tersebut di ambil dari blog: 




Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mengambil contoh pada pilihan raya umum 2004, sindrom selesa ini wujud apabila orang Umno dan BN berada di kemuncak maka mereka merasa terlalu selesa pada ketika itu. “Apabila sindrom selesa ini berada di jiwa kepimpinan Umno di peringkat akar umbi, maka timbul rasa

Thursday, 30 August 2012

Pandangan Barat Dengan Politik Islam........


Pandangan Orientalis Barat tentang Politik Islam

            

1. Dr. V. Fitzgerald berkata : "Islam bukanlah semata agama (a religion), namun ia juga merupakan sebuah sistem politik (a political system). Meskipun pada dekad-dekad terakhir ada beberapa kalangan dari umat Islam, yang mendakwa diri mereka sebagai kalangan 'modernis', yang berusaha memisahkan kedua sisi itu, namun seluruh gagasan pemikiran Islam dibangun di atas fundamental bahawa kedua sisi itu saling bergandingan dengan selaras, yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain".

2. Prof. C. A. Nallino berkata : "Muhammad telah membangun dalam waktu bersamaan: agama (a religion) dan negara (a state). Dan batas-batas wilayah negara yang ia bangun itu terus terjaga sepanjang hayatnya".

3.Dr. Schacht berkata : " Islam lebih dari sekadar agama, ia juga mencerminkan teori-teori perundangan dan politik. Dalam ungkapan yang lebih sederhana, ia merupakan sistem peradaban yang lengkap, yang mencakup agama dan negara secara bersamaan".

4. Prof. R. Strothmann berkata : "Islam adalah suatu fenomena agama dan politik. Kerana pembangunnya adalah seorang Nabi, yang juga seorang politik yang bijaksana, atau "negarawan".

5.Prof D.B. Macdonald berkata : "Di sini (di Madinah) dibangun negara Islam yang pertama, dan diletakkan prinsip-prinsip utama dalam undang-undang Islam".

6. Sir. T. Arnold berkata : " Adalah Nabi, pada waktu yang sama, seorang ketua agama dan ketua negara".

7. Prof. Gibb berkata : "Dengan demikian, jelaslah bahawa Islam bukanlah sekadar kepercayaan agama individual, namun ia meniscayakan berdirinya suatu bangun masyarakat yang bebas. Ia mempunyai cara tersendiri dalam sistem pemerintahan, perundangan dan institusi

Politik Islam Dan Politik Sekarang


Pemikiran politik Islam


Islam merupakan agama yang paling kaya dengan pemikiran politik. Pemikiran politik Islam bermula dari masalah etika politik, falsafah politik, agama, hukum, hingga tatacara kenegaraan. Tapi keragaman khazanah pemikiran politik Islam itu boleh dikatakan bermula pada pemikiran tentang hubungan agama dan negara.

Bolehlah kita katakan pemikiran para pemikir Islam yang menginginkan pemisahan Islam dan politik sebagai pemikiran politik Islam dan pemikiran yang menghendaki penyatuan Islam dan politik sebagai pemikiran Islam politik. Ini kerana, ketika sejak Revolusi Perancis agama Kristien relatif telah selesai membahas hubungan gereja dan negara iaitu bahawa gereja harus terpisah dari negara. Namun begitu, Islam masih lagi tetap pada persoalan yang satu iaitu penyatuan Islam dan politik sejak zaman Nabi hingga zaman kini

Merdeka.........

Apa makna Merdeka adakah kita rakyat Malaysia sudah Merdeka


Baru-baru ini sahabat saya memberitahu bahawa negara kita tidak pernah dijajah. British adalah penasihat bagi Raja-Raja Melayu untuk mentabir negara kita, walau apapun sya setuju dengan beliau. Tetapi pada hari ini saya melihat sekitar saya, kita rakyat masih belum Merdeka dari ahli politik negara kita.

Bila kita boleh mendaptkan cahaya ke Merdekaan dan bagaimana???  Ad satu cara sahaja iaitu cara Nabi saw. caranya (Shiddiq, Istiqamah, Fathanah, Amanah, dan Tablig ). Lima prinsip yang patut kita ambil dan lima prinsip ini akan membawa negara kita kearah kejayaan. Yang dasarnya boleh dieja S.I.F.A.T

i) Pertama adalah 'S' [Shiddiq] yang berarti jujur. Nabi Saw seperti tersebut di atas sangat mengutamakan kejujuran dalam hal pemerintahan. Secara sepintas 'Shiddiq' ini dapat dipararelkan dengan transparansi. Namun, kalau kita melihat lebih hati-hati lagi, sebetulnya 'shiddiq' ini lebih mendalam maknanya, karena melibatkan sikap mental, dan hati nurani yang paling dalam. Bila transparency masih bisa dikelabui dengan mark-up administratif yang secara material dan faktual dapat dilihat secara transparan, tetapi masih sangat mungkin terjadi pemalsuan, yang sukar dideteksi. Sedangkan yang dimaksudkan dengan 'shiddiq' adalah justru yang paling diutamakan adalah yang tak tampak, yang immateri. Artinya, pemalsuan, rekayasa, penambahan, tidak akan terjadi, sebab 'shiddiq' mencakup wilayah qalbiyah


ii) Kedua adalah 'I' [Istiqamah] yang bermakna teguh dalam pendirian. Sifat kepemimpinan Nabi Muhammad Saw ini bertumpu pada ketegaran dalam jiwa, agar tidak akan bergeser walaupun penuh dengan rayuan, bujukan, dan paksaan. Bila consistency atau commitment, seperti yang dianjurkan oleh good governancemasih bisa direkayasa dengan cara penampilan formal dalam bentuk luarannya, maka istiqamah tidak bisa dimodifikasi, karena berkaitan dengan sikap mental dan kejiawaan dan hati yang paling dalam.


iii)Demikian pula pada sifat ketiga yaitu 'F' [Fathanah] yang berkaitan dengan kecerdasan, baik kecerdasan rasio, rasa, maupun kecerdasan ilahiah. Dengan demikian bila dibandingkan dengan good governancedengan konsep intelligency-nya, maka konsep ini sebetulnya hanya berhubungan dengan kecerdasan intellegencia semata. Padahal, fathanah menekankan kecerdasan lain, seperti kecerdasan emosional dan spiritual.

iv)Lalu bagimana dengan 'A' [Amanah]? Sifat ini bisa dipararelkan dengan konsep accountability dalam good governance. Namun, bila kita meneliti secara jeli, maka accountability ini merujuk kepada hal yang formal administratif. Sedang amanah jauh menjamah rona psikologi yang paling dalam. Sebab amanah itu mementingkan tanggungjawab yang sangat hakiki dalam hubungannya dengan umat manusia, yang selalu yakin bahwa ada yang selalu mengawasi pelaksanaan tugasnya. Dalam Islam diyakini bahwa setiap tindak-tanduk kita selalu dalam pengawasan malaikat yang senantiasa mencatat kebaikan dan keburukan manusia. Dalam konteks inilah amanah berkiprah.

v)Terakhir adalah 'T' [Tabligh], sifat kepemimipinan Nabi Muhammad Saw ini bila dikaitkan dengan konsep good governance bisa disejajarkan dengan istilah communicatibility. Namun pada hakikatnya, tabligh ini berkaitan erat dengan risalah keislaman, yakni soal dakwah dan penyampaian pesan-pesan keilahian. Bilacommuniticability hanya menjamah rona public-speaking, maka tabligh mencakup semua aspek komunikasi dan interaksi sesama manusia.
Tabligh selalu mengharapkan agar orang yang diajak berbicara bisa mengubah sikap dan tingkah lakunya agar sesuai dengan ayat-ayat kebesaran Allah swt, tentunya atas izin Allah swt juga.

Tuesday, 28 August 2012

Lupa Perjuangan Tun Mahathir

Bangsa sendiri mengutuk beliau............

Tun Mahathir mengesa PBB

Sebelum Tun Mahathir di lantik Perdana Menteri Malaysia yang ke 4 kebanyakan penduduk dunia tak kenal negara kita Malaysia. Selepas beliau dilantik sekarang seluruh dunia kenal Malaysia. Tun Mahathir telah berjuang untuk negara dan bangsanya sendiri. Pada hari ini beliau dikritik dengan sewenang-sewenangnya oleh bangsanya dan juga bangsa lain.

Mereka lupa apa yang telah dilakukan oleh beliau untuk negara dan bangsa. Sebelum beliau menjadi Perdana Menteri kalau barat mengutuk negara kita, tidak ada seorang pun berani membuka mulut dan selepas beliau dilantik, beliau membuka mulut hingga mereka tutup mulut mereka.

Sekarang bangsanya sendiri mengutuk beliau dan tak berterimakasih terhadap perjuangan beliau. 

Hahahaha bagus bagus seperti kacang lupa kulitnya,,,,,,,,,,,,

Mahathir is The Best...........


‘Why do they call me an intellectual?’

   
I copy this from Malay Mail

I AM always amused when people try to analyse my opinion and actions when I was Prime Minister.

I am not an intellectual but I admit that I use my brain more often than most.

I was one with the lowest result in my Senior Cambridge Examination to be admitted in the College of Medicine. There were seven Malays whose results were all very inferior to the other students. Apparently the British were practising affirmative action in 1947.

So much for being an intellectual.

It did not need a very intelligent person to notice that Malays were generally poor as compared to others in the state of Kedah in the 1930s, 40s and 50s, the years when I was growing up in Alor Star. They clearly faced a dilemma whether to get something of the wealth of their country for themselves or to just remain as they were. Hence the book “The Malay Dilemma”.

It also did not need an intellectual to learn from successful people. The Japanese and the Koreans succeeded in developing their countries after the destruction wrought by war. Obviously if we want to develop Malaysia we should learn from these successful people.

Hence the Look East policy.

And finally, if you want to go somewhere you must determine the destination.

We want our country to develop.

The destination must obviously be the developed countries. The steps that have to be taken must be those which lead to the status of a developed country. Hence vision 2020.

I must admit that if I had no authority I would not be able to do anything to achieve these targets. It is not power. It is the authority accorded the Prime Minister which is not accorded to anyone else.

Without that authority one can dream. Many Malaysians may have dreamed but authority gave the opportunity to implement dreams.

I am not a complex person.

There is no mystery about what I did. If other PMs want to do what I did, they can. But if they have other agenda then they would attend to fulfilling their agenda.

It is as simple as that.

There really is no necessity to figure out the complexity of the thought process and the mystery of doing these simple things.

Karpal Dan Hukum Hudud.......

Kenapa Karpal.......


.

Dalam perbincangan dengan kawan-kawan saya diluar sana yang beragama Islam ramai yang marah dengan kenyataan Karpal Singh. Tetapi Karpal Singh lupa bahawa jika orang-orang Islam dinegara ini mengamuk apa akan berlaku pada Karpal.

Tetapi ugama Islam tidak mengajar kami untuk berkasar dengan orang-orang yang tak kenal dengan Allah swt.. Golongan sebegini telah wujud pada zaman Nabi saw. lagi, Nabi saw. telah mengunakan akhlak beliau yang suci dan murni untuk mereka memahami Allah swt. dan beriman pada Nya.

Hari ini apa-apa yang dikatakan oleh golongan-golongan tersebut siapa yang perlu kita salahkan. Pandangan saya, saya salahkan diri saya oleh kerana, tidak melakukan tanggungjawap saya sebagai umat Nabi saw.. Pada hari ini Karpal dengan bangga boleh mengeluarkan kenyataan sebegini dan golongan-golongan lain juga meyokong. 

SALAH SIAPA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIRAHMATI ALLAH swt.???

Tepuk Dada Tanya Diri Sendiri.........

Kalau seseorang itu tidur, boleh kita jagakan sidia,
kalau seseorang berlakon tidur, bagaimana kita nak jagakan sidia...........???