Kegunaan Bloging Adalah Maklumat Bukan Caci- Mencaci
Kawan-kawan bolgger yang di luar sana, setiap bolgger ada hak nya untuk meluahkan pendapatnya di dalam blognya sendiri. Kalau kawan-kawan blog yang lain boleh meluahkan pendapat masing-masing untuk memberi pandangan atau kebenaran yang berlaku di negara dan di tempat masing-masing dan mengapa tidak sahabat lain tidak boleh meluahkan pendapatnya sendiri. Kenapa kita harus mencaci atau masuk campur hal rumah tangga dan hal peribadi seseorang itu.
Ada blogger mereka suka BN dan, ada blogger mereka suka PR dan ada bolgger dia suka tulis kesilapan dari kedua-dua pihak. Mengapa harus kawan-kawan di luar sana harus masuk campur hal blogger lain. Kita perlu fokus berkenaan negara dan politik semasa bukannya blogger. Kita harus terima pendapat orang lain juga, dunia ini bukan kepunya seseorang tetapi untuk semua. Kita sebagai manusia kita patut saling menghormati di antara satu sama lain, ini adalah amanah kita.
Kalau tersilap saya minta maaf........kalau tuan tersilap perbetulkan sahaja
Tepuk Dada Tanya selera............
No comments:
Post a Comment