Sunday 5 August 2012

Mengapa Chong Wei tewas.......



LONDON - Harapan Malaysia meraih pingat emas pertama Sukan Olimpik musnah selepas Datuk Lee Chong Wei tewas di tangan Lin Dan 21-15,10-21 dan 19-21 pada perlawanan akhir perseorangan.

Saya memang bangga dengan kejayaan Chong Wei tetapi mengapa LCW kalah, adakah beliau akan kalah lagi dengan Lin Dan dan kenapa beliau kalah. Adakah BAM telah mengambil langkah-langkah tertentu untuk LCW menentukan bahawa LCW boleh memperbaiki masaalah mental belaiu yang mempunyai tekanan dari semua segi. Dari segi fizikal Lin Dan kalah pada LCW tetapi dari segi mental LCW kalah pada Lin Dan kita semua kena akui. 

APAKAH LANGKAH BAM untuk LCW menghadapi cabaran sebegini..........

Saya salahkan, kita semua kerana memberi tekanan pada beliau. Beliau(LCW) kalah kerana beliau takut pada kekalahan. sebab itulah beliau kalah bagi Lin Dan dia tak takut kalah sebab itu beliau menang. Sebab beban yang terlalu berat bagi LCW .

Saya mengaku Dato Lee Chong Wei adalah seorang permain yang hebat di dunia, tetapi beliau kena akur bahawa beliau takut kalah pada perlawanan tersebut hari ini. Kita harap BAM perlu mengambil langkah untuk memperbaiki kelemahan permain-permain badminton negara.

Apa yang saya tulis semata-mata pandangan saya, kalau-kalau tersilap saya minta maaf............

No comments:

Post a Comment