Thursday, 2 August 2012

Kenapa Olimpik Di Bulan Ramadan???


Kenapa negara-negara Islam Berdiam Diri Olimpik Di Adakan Di Bulan Ramadan


Olimpik di bulan Ramadan adalah kehinaan bagi muslim seluruh dunia. Mereka tak menghormati Ugama kita Islam. Dan negara Islam perlu beri alasan bahawa di bulan Ramadan kita perlu berpuasa dan tidak dapat menyertai Olimpik kerana berpuasa.

Kita perlu mempatuhi Rukun Islam, kita wajib berpuasa di bulan Ramadan kecuali kita uzur. Bermain untuk sukan Olimpik tidak penting bagi orang-orang Islam. Jika kita tak menghormati ugama kita bagaimana orang lain dapat merasai bagaimana pentingnya Islam.

Ini menunjukan bahawa bertapa kufurnya pemimpin-pemimpin dunia terhadap ALLAH swt. Termasuk diri saya sendiri, saya hanya dapat merasai selepas kawan saya memberitahu 'mengapa Olimpik di adakan di bulan Ramadan dan mengapa negara-negara Islam mengambil bahagian di Olimpik di bulan Ramadan ' saya terasa bahawa saya telah jauh meninggalkan ugama saya.

Kita perlu sedar adakah kita jauh dari ALLAH swt.

Tepuk dada tanya selera..................... kita akan dapat jawapan nanti



No comments:

Post a Comment