Sunday 12 August 2012

Kejayaan Anak Malaysia Kejayan Kita........

PM: Ganjaran Chong Wei RM500,000


Najib Tun Razak bersama Rosmah Mansor bertemu dengan Lee Chong Wei yang memenangi pingat perak Sukan Olimpik London 2012, di Seri Perdana hari ini. 
Najib Tun Razak menyampaikan imbuhan kepada Lee Chong Wei. 

Saya rasa begitu bangga dengan Dato Lee Chong Wei bahawa beliau telah menjadi wira bagi negara dan juga saya amat berbangga bahawa selaku Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib tun Razak telah membuktikan kepada rakyat tak kira bangsa dan agama sesiapa yang membanggakan negara layanan yang sak sama akan di beri itu lah visi negara iaitu 1MALAYSIA.

PUTRAJAYA - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini menerima ganjaran RM500,000 atas kejayaannya meraih pingat perak dalam acara perseorangan badminton Sukan Olimpik London 2012.

Ganjaran itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis di Seri Perdana di sini, yang turut dihadiri isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Ganjaran meliputi RM300,000 sumbangan Skim Hadiah Kemenangan Sukan, Majlis Sukan Negara dan RM200,000 sumbangan kerajaan Malaysia dalam bentuk Amanah Saham Wawasan.

Selain itu, Chong Wei turut menerima hadiah seutas jam tangan yang disampaikan Rosmah, selaku penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Dalam ucapan ringkasnya, Perdana Menteri mengucapkan tahniah di atas kejayaan jaguh badminton negara itu meraih pingat perak dan yakin ia akan menguatkan lagi azam Chong Wei untuk mencipta kejayaan lebih cemerlang di Olimpik 2016.

No comments:

Post a Comment