Fadihilat Ramadhan
Hazrat Salman r.a. berkata bahawa Rasulullah saw. telah bersabda kepada kami pada hari terakhir bulan Syaban:
" Wahai manusia ! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang dalam bulan itu terdapat satu malam(Lailatulqadar) yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang Allah swt. telah menjadikan puasa pada siang hari sebagai satu amalan fardu dan berdiri pada malam hari (berterawih) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah swt. pada bulan itu dengan mana-mana amalan sunat maka seupama seorang yang telah menunaikan satu fardu di bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardu pada bulan itu adalah seupama seorang yang menunaikan 70 fardu pada bulan-bulan lain.
Bulan itu adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Bulan itu adalah bulan simpati, bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-oarang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka pemberiannya merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebuut tampa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya. Para sahabat r.a. lalu berkata," Bukanlah setiap daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa ," Maka Rasulullah saw. bersabda ," Allah swt. memberikan pahala itu kepada siapa saja memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untu berbuka."
Bulan itu adalah satu bulan yang pada bahagian awalnya merupakan rahmat, pada pertengahannya merupakan keampunan dan pada akhirnya merupakan kelepasan daripada neraka. Sesiapa yang meringankan bebanan hamba-hambanya(perkerja-perkerjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah swt. dan akan dilepaskan daripada azab api neraka.
Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Dua perkara yang kamu dapat meredakan Tuhan kamu dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu perlukan. Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah swt. dan kamu memohon istighfar daripadaNya. Manakala dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukan ialah memohon syurga daripada Allah swt. dan meminta perlindugan daripada api neraka.
Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah swt. akan memberinya minuman dari telagaku (pada hari kiamat) , dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga."
No comments:
Post a Comment