Saturday 31 December 2011

Adilkah politik Anuar???



Berita Harian Dan Utusan Malaysia telah mengeluakan kenyataan bahawa ,Anwar tidak wajar heret rakyat untuk selesai masalah peribadi.

Harakahdaily pula mengeluarkan kenyataan bahawa, sila baca di bawah.
Bantah 'Kempen Bebas Anwar 901' tidak berasas
Muhammad Faizal


KUALA LUMPUR, 31 Dis: Datuk Mahfuz Omar menyelar Umno BN dan beberapa NGO yang membuat laporan polis membantah 'Kempen Bebas Anwar 901' dan menyifatkannya sebagai tidak berasas
.



Pada pandangan saya adakah wajar bagi seseorang yang telah meliwat,merogol,merompak,membunuh dan melakukan pelbagai kesalahan. Berkempen seluruh Malaysia dan dunia dengan menyatakan bahawa ,beliau (Anuar) di fitnah oleh pihak tertentu. Katakanlah ada pihak yang tertentu ingin menjatuhkan beliau, itu perlu di buktikan oleh beliau. Adakah wajar bagi Anuar menjelajah Semenanjung Malaysia bagi mendapat simpati dari rakyat untuk bebas dari pekara yang belum lagi di jatuhkan hukuman pada beliau.
Di sini beliau (Anuar) telah membuktikan pada kita bahawa beliau memang bersalah. Anuar cuma hendak mengucar-kacirkan negara yang aman dan damai. Demi kepentingan diri sendiri dan keluarga beliau (Nurul Izzah).
Anuar mengajar anak-anak muda dan pada semua rakyat bahawa bagaimana hendak melarikan diri dari sesuatu kesalahan yang di lakukan. Adakah pengajaran ini baik untuk kita semua.Beliau (Anuar) secara terang-terang cuba memutar-belitka kes terhadap beliau. Bangkit dan bukalah mata kita wahai rakyat Malaysia jangan kita jadi pengikut atau pun barua Anuar Ibrahim.

Memang saya bersetuju bahawa Barisan Nasional mempunyai banyak pemimpin yang membelot wang rakyat. Baru-baru ini kes NFC ,lembu dan Khir Toyo yang telah di bongkarkan oleh Parti Pembangkang tetapi PKR tidak mempunyai kredibeliti untuk menjadi kerajaan yang baik pada rakyat Malaysia. Dengan ini kita memerlukan BN memegang amanah yang di beri oleh rakyat dan menyinkirkan pemimpin-pemimpin yang membelot wang rakyat.

Saya telah mendapatkan pandangan kawan-kawan saya, Melayu, Cina mahu pun India. Mereka sayangkan Barisan Nasional, akan tetapi mereka benci dengan pemimpin yang membelot wang rakyat. Dengan itu mereka tidak ada pilihan lain dan terpaksa mengundi PKR. Perdana Menteri Dato Seri Najib perlu mengambil tindakan yang tegas pada pemimpin-pemimpin yang membelot wang rakyat. Dan dapatkan muka-muka baru yang boleh memberi pandangan baru pada parti Barisan Nasional dan memegang amanah yang di beri rakyat. Tindakan ini akan mendapatkan sokongan dari rakyat untuk Barisan Nasional.

Marilah kita berdoa pada Allah SWT supaya memberi Rahmat pada negara kita pada tahun 2012 supaya negara kita aman dan damai.

KITA MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL PADA 2011 DAN KITA MASUK PADA ERA BARU YANG SEDANG MENANTI DI DEPAN KITA IAITU 2012


No comments:

Post a Comment