Tuesday, 27 December 2011

Jangan Adik-Adik................


Tindakan ke atas mahasiswa terlibat kegiatan pelampau


                             
KUALA LUMPUR 27 Dis. - Mahasiswa yang terlibat dengan sebarang kegiatan pelampau di luar universiti akan dikenakan tindakan gantung pembelajaran ataupun gugur taraf sebagai seorang mahasiswa.

Timbalan Penasihat Kanan Pejabat Perundangan Universiti Sains Malaysia (USM), Khirul Anuar Che Azmi berkata, hukuman yang dijatuhkan bergantung kepada peraturan yang sedia ada.

“Seorang mahasiswa, Adam Adli yang bertindak menurunkan bendera tertera gambar Perdana Menteri, boleh dijatuhkan hukuman dibuang daripada universiti atau digantung pembelajaran selama dua semester.

“Contoh kes itu dipandang sebagai satu kes yang serius dan ia bergantung kepada Jawatankuasa Tatatertib Pelajar di universitinya untuk hukuman,” katanya.

Katanya lagi, semua mahasiswa yang ditahan atas kesalahan disiplin akan diadili di peringkat universiti di mana mahasiswa ini akan dibicara dahulu oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar. 

No comments:

Post a Comment