Saturday, 17 December 2011
Belitan Iblis
Contoh-contoh belitan Iblis kepada Yahudi dan Nasrani
Bahawa mereka mendakwa yang mereka tidak akan disiksa Tuhan kerana datuk-nenek mereka, sebab di antara mereka ramai yang menjadi para kekasih Allah swt. dan para Nabi juga. Lalu Tuhan memberitahu kita mengenai dakwaan mereka itu di dalam Al Quran: ( Kami adalah anak-anak Allah dan para kekasih Nya . AL-MAIDAH ayat yang ke 18) Yakni, di antara kami ada menjadi anak Allah ialah Uzair dan Isa.
Untuk mendedahkan belitan ini
Kita katakan, kalau seseorang itu dituntut daripadanya hak Allah swt, maka tentulah tidak wajib dibayarkannya sesiapa pun dari kaum kerabatnya. Andaikata rasa cinta itu boleh berpindah dari seseorang kepada yang lain kerana kedudukan kerabat, niscaya ia akan menjankiti yang lain. Nabi kita saw. pun pernah mengatakan kepada puteri kesayangannya sendiri 'Aku tidak dapat mengantikanmu dalam hak Allah swt. apa pun!" Yang di utamakan dalam hal kecintaan itu adalah sifat taqwa, sesiapa yang tiada taqwanya tiada mendapat kecintaan Tuhan. Kemudian kecintaan Allah azzawajalla kepada seseorang hamba itu tiadalah dengan pilih kasih seperti yang berlakunya pada bangsa Bani Adam di antara satu dengan lain. Kalaulah perkaranya serupa itu, barangkali apa yang didakwakan mereka itu munkin tidak mustahil.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment