Wednesday, 21 December 2011

Melatih Diri Menahan Nafsu Dan Syahwat.


                                     

Allah swt. telah memberikan wahyu kepada Nabi Musa as.

"Wahai Musa, jika engkau ingin Aku lebih dekat kepadamu daripada ucapanmu kepada lisanmu, daripada keraguan hatimu kepada hatimu, daripada rohmu kepada badanmu, daripada cahaya penglihatanmu kepada matamu dan perbanyakkanlah membaca selawat kepada Muhammad SAW."

Allah SWT. telah berfirman:

"Hendaklah tiap-tiap orang memerhatikan apa yang diusahakan untuk esok (hari Qiamat)
(Q.S Al Hasyr: 18)

Ketahuilah wahai manusia! Sesungguhnya nafsu yang memerintahkan kejahatan itu lebih memusuhimu daripada Iblis. syaitan hanyalah memperalat nafsu syahwat untuk menguasaimu. janganlah enkau tertipu oleh nafsumu dengan segala angan-angan dan kepalsuan. Watak nafsu adalah berasa aman, suka berlengah-lengah, bersuka-suka dan malas. Setiap rayuannya adalah batil dan palsu belaka. Jika enkau rela menuruti rayuannya, hancurlah engkau. Jika engkau lambat memperhitungkan tentu akan tengelam. Jika engkau lemah melawannya, lalu mengikuti keinginannya, tentulah dia melemparmu ke Neraka. Nafsu tidak pernah menuju kepada kebaikan. Ia sumber bencana. Dialah markas Iblis serta tempat segala keburukan yang hanya diketahi oleh Allah. Sesunguhnya Allah mengetahui segala yang engkau perbuat, baik mahu pun jahat.

Jika seorang hamba mahu merenungi umurnya yang telah lanjut untuk mencari Akhirat, maka renungan itu dapat mencuci hati. Seperti disebutkan oleh Rasulullah SAW: 
"Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadah setahun."

Demikian dalam tafsir Abul-Laits. maka sayugianya bagi orang yang berakal segera bertaubat atas dosa yang telah lalu dam memikirkan akan bakal mencapai keselamatan di Akhirat. Dia memutuskan angan-angan keduniaan, segera bertaubat, mengingati Allah, meninggalkan larangan-larangan-Nya, sabar menahan nafsu dan tidak memperturutkan keinginan syahwat. Ingat! Nafsu adalah berhala. Barangsiapa menuruti nafsu bererti menyembah berhala. Orang yang menyembah Allah, dialah yang mampu menahan nafsunya.


Diceritakan bahawa Malik bin Dinar berjalan di pasar Basrah. Dia melihat buah tin hingga tumbuh keinginannya terhadap buah itu. Dia membuka kasutnya dan dia memberikan kepada penjual buah itu, seraya berkata. " Berilah aku buah itu. " Dan si penjual itu melihat kasutnya lalu berkata, "Oh, ini tak cukup!" Kemudian Malik berlalu. Maka dikatakan pada penjual itu, " Apakah engkau tidak mengetauhui siapakah dia? " Penjaul itu menjawap, "Tidak" Dikatakan kepadanya, " Dialah Malik bin Dinar." Dengan segera penjual itu meletakkan bakul di bahu  pelayannya seraya berkata, "Jika dia menerima buah ini daripadamu, maka engkau merdeka!" Kemudian pelayan itu pergi mengikut Malik bin Dinar lalu berkata kepadanya, "Terimalah buah ini daripadaku." tapiMalik bin Dinar menolak. "Terimalah, sebab disinilah kemerdekaanku." Kata pelayan itu lagi. Kemudian Malik menjawap, "Jika di sini kemerdekaan bagimu, maka di sini pulalah seksan bagiku. "Namun pelayan itu tetap juga mendesak-desak. Sehigga Malik berkat, "Aku bersumpah tidak akan menjual agama dengan buah tin dan aku tidak mahu makan buah tin sampai hari Kiamat!"


Diceritakan pula bahawa Malik bin Dinar sedang sakit menghadapi mautnya. dan ingin segelas madu dan susu untuk dimakan dengan roti panas. Pelayan segera menyediakannya. Kemudian Malik mengambil dan memandangnya sejenak seraya berkata, "Wahai nafsu, engkau telah bersabar selama tigapuluh tahun, padahal umurku tinggal sesaat lagi. "Maka dia buang gelas itu daripada tangannya, dia tahan nafsunya hingga dia meninggal........Demekianlah sifat para anbiya, aulia, siddiqin dan zahidin serta orang-orang merindukan Allah.

Telah berkata Nabi Sulaiman bin Daud as.
"Sesungguhnya mengekang nafsu itu lebih sulit daripada membuka sebuah kota sendirian."
Ali bin Abi Talib ra. juga berkata, "Aku dan nafsuku bagaikan gembala dnegan kambingnya. Jika aku menahannya dari satu sisi, dia melompat dari sisi lain. Barangsiapa dapat menjinakkan nafsunya, dia akan dibunkus dengan kafan rahmat dan dikubur dalam bumi karomah. Tetapi barangsiapa membunuh hatinya,  terbunkuslah dia dalam kafan laknat serta terkubur dalam bumi azab!"


Zahya bin Muaz Ar Razi berkata, " Perangilah nafsumu dengan taat dan riadhah (latihan rohani). Riadhah adalah mengurangi tidur, makan mahu pun bercakap, menahan kepedihan daripada makhluk. Sedikit tidur akan mensucikan kehendak, sedikit berkata akan selamat daripada bencana. Dan menahan pedih dapat menghantarkan sampai ke puncak. Bahkan sedikit makan dapat menundukkan syahwat.Sesungguhnya banyak makan dapat mengeraskan hati dan menghilangkan cahayanya. Dan cahaya hikmah adalah lapar. Serta kenyang dapat menjatuhkan seseorang daripada Allah. Sesunguhnya Rasulullah SAW telah bersabda;

"Terangkan hatimu dengan lapar. Perangilah nafsumu dengan lapar dan haus. Serta sentiasalah mengetuk pintu Suyrga dengan lapar. Sesunguhnya pahala demikian itu bagaikan pahala pahlawan membela agama Allah. Dan sesunguhnya tidak ada amal yang lebih disukai oleh Allah daripada lapar dan haus. Tidak akan masuk ke kerajaan langit seseorang yang memenuhi perutnya dan kehilangan lazatnya beribadah."


Telah berkata Abu Bakar Siddiq ra, "Aku pernah kenyang semenjak aku masuk islam agar kutemukan lazatnya beribadah kepada Tuhanku. Dan aku tidak pernah minum puas semenjak masuk Islam kerana rindu berjumpa dengan Tuhanku. Ini kerana jika banyak makan akan sedikit beribadah. Sesunguhnya jika orang banyak makan beratlah badannya, mengantuk dan lemahlah anggota badannya sehingga tidak membuahkan sesuatu. Dia tidur melulu bagaikan bangkai terbuang." Demikianlah dalam kitab 'Minhajul Abidin'.


Daripada Lukman Al Hakim, dia berkata kepada puteranya, "Janganlah engkau banyak tidur dan makan. Barangsiapa memperbanyak keduanya, pada hari Kiamat dia miskin amal soleh. "Ini tersebut dalam kitab 'Maniyyatul Mufti'. Rasulullah SAW bersabda:

"Jaganlah engkau membunuh hati dengan banyak makan dan tidur.Sesungguhnya hati akan mati bagaikan tanaman jika tergenang air."

Orang-oarang soleh mentafsirkan perut ibarat kuali dibawah hati. Jika terisi banyak akan menggenangi hati sehingga menjadi kotor dan hitam. Di samping itu banyak makan dapat mengurangi kecerdasan dalm mencari ilmu.


Diceritakan daripada Yahya bin Zakaria as. Dia melihat Iblis membawa beberapa tali. Kemudian dia bertanaya, "Apa itu?" Iblis menjawap. "Inilah 'syahwat'. Dengan ini akan aku ikat anak cucu Adam. "Yahya as. bertanya lagi, "Apakah pernah engkau mengikatku dengan itu?" Iblis menjawap, "Tidak. Hanya pada suatu malam engkau makan sampai kenyang kerananya aku beratkan enkau melakukan solat." Kemudian Yahya as. berkata, "Sesunguhnya setelah kejadian itu aku tidak akan makan sampai kenyang selamanya. "Demikianlah orang yang tidak pernah kenyang selama hidupnya kecuali satu malam. Bagaimana orang yang tidak pernah lapar selama hidupnya kecuali satu malam.  Bagaimana orang yang tidak pernah lapar selama hidupnya kecuali satu malam lalu mengharapkan lazatnya ibadah?


Diceritakan juga daripada Yahya bin Zakaria as. pernah satu kali dia kekenyangan makan gandum. Pada malam itu dia tertidur ketika berwirid. Kemudian Allah memberi wahyu kepadanya seraya berkata, "Apakah engkau menemukan rumah untuk mu yang lebih bagus daripada rumahKu? Apakah engkau menemukan teman yang lebih bagus daripada rumahKu? Demi kemuliaan dan keagungan-Ku jika engkau melihat Syurga Firdaus lalu melihat Neraka Jahanam, pastilah engkau melihat Syurga Firdaus lalu melihat Neraka Jahanam, pastilah engkau akan mennangis mengeluarkan nana sebagai ganti air mata dan engkau akan memakai besi bagi menggantikan kain."

SAYA AKAN SAMBUNG BLOG YANG AKAN DATANG

No comments:

Post a Comment