Saturday 24 December 2011

Bolehkah UMNO Memperkukuhkan Dalam Keadaan Sebegini

Banyak masaalah yang telah menhantui UMNO selepas pilihan raya 2008 dan Perdana Menteri Dato Sri Najib berkerja kuat untuk mengukuhkan UMNO. Adakah UMNO kekurangan muka baru untuk memberi buah fikiran yang baru pada UMNO untuk menentang parti pembakang yang sedang memuncak.

Dalam masa yang terdekat ini UMNO akan berdepan dengan pilihan raya umum iaitu pada awal tahun 2012, dan ingin mendapatkat majoriti 2/3 di parlimen dan pada hakikatnya parti pembangkang (Pakatan Rakyat) mempunyai 4 negeri dalam gengaman mereka. Formula apakah yang akan digunakan untuk mendapatkan balik negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Banyak masaalah yang Dato Sri Najib menghadapi walaupun beliau berkerja kuat untuk mendapat kemenengan kepada parti (Barisan) adakah beliau akan mendapatkan muka-muka baru untuk menukar keadaan politik semasa. Adakah orang lama akan memberi jalan kepada muka baru untuk mendapatkan kejayaan kepada parti, adakah orang lama yang berkata kita berjuang untuk Negara, Bangsa dan Ugama akan memberi ruang pada muka baru untuk mendapatkan buah fikran yang baru kepada parti.

Pada masa sekarang banyak masaalah berbankit dari UMNO iaitu Ketua Wanita UMNO Shahrizat Abdul Jalil tentang lembu, scandal wang RM250 juta kepada syarikat suami dan anaknya dan kes Khir Toyo. Bagaimanakah UMNO akan bangkit kembali mentabir 2/3 kerusi parlimen dan adakah muku-muka baru akan  muncul dan memperkukuhkan UMNO.
 
Gambar pada perhimpunnan UMNO yang baru berlaku di PWTC

No comments:

Post a Comment