Friday, 23 December 2011
Baik Bawa Safee Sali Balik Ke Negara Kita
Safee Sali terjebak selepas FIFA haramkan ISL
2011/12/23KUALA LUMPUR: Penyerang sensasi negara, Safee Sali yang bermain dengan kelab Pelita Jaya dari Indonesia, mungkin tidak boleh mewakili skuad Harimau Malaya selepas badan induk bola sepak dunia (FIFA) mengharamkan kejohanan Liga Super Indonesia (ISL).
Menurut portal berita akhbar Republika, surat pengharaman ISL oleh FIFA itu ditujukan kepada Ketua Umum Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Djohar Arifin Husin yang menyatakan ISL adalah liga yang tidak diakui oleh badan dunia itu.
Menurut kandungan surat tersebut, FIFA menerusi surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agungnya, Jarome Valcke dan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Alex Soosay menetapkan status haram kepada semua pemain, pegawai dan pengadil yang terbabit dengan ISL.
"Pemain yang bermain di ISL juga akan dikenakan pembekuan status perpindahan. Ini bermakna pemain tidak boleh bermain di liga atau kejohanan di negara yang menjadi anggota FIFA.
"Pemain seperti Safee juga terancam, tidak boleh bermain di luar ISL," menurut portal tersebut.
Safee sebelum ini berkata, sekiranya kelab Pelita Jaya yang diwakilinya terbabit dengan penggantungan FIFA, beliau akan cuba mencari peluang bermain di negara lain dan dalam masa yang sama mahu bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia.
FIFA bagaimanapun memberikan tarikh akhir 20 Mac tahun depan kepada Indonesia untuk menyelesaikan segala polemik yang berkaitan dengan arena bola sepak di republik itu atau berdepan tindakan penggantungan atau pengharaman.
ISL adalah kejohanan kelab bolasepak profesional di Indonesia tetapi tidak bernaung di bawah badan induk bola sepak Republik tersebut,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment