Tuesday, 20 December 2011

Bagiamana Allah swt. menjadikan bayi di perut ibu



                                        
Wahai muslimim dan muslimat bagaimana Allah swt. menurunkan seorang bayi di dalam perut ibu dan dihantarNya malaikat untuk menjadikannya, berzikir dan banyak lagi. Apakah kita pernah bershukur pada Allah swt yang telah menjadikan kita sehebat ini ???????????
Allah swt. yang menentukan kelahiran manusia di muka bumi , bagaimana caranya?

Abdullah Ibnu Masrud ra. berkata: " Kami diberitahu Rasulullah saw., baginda jujur dan dapat dipercaya:

"Sesunguhnya salah seorang di antara kamu penciptannya dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari dalam bentuk nuthfah kemudian menjadi segumpal darah seperti itu, lalu menjadi segumpal daging seperti itu. setelah itu, Allah swt. mengutus malaikat kepadamu dan meniupkan roh ke dalamnya serta diperintahkan dengan empat kalimat, ia menulis rezekinya, ajalnya, amalan-amalan dan sengsara atau bahagia.
(HR. Bukhari dan Muslimim)

Anas Ibnu Malik ra. berkata bahawa Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud:

"Allah swt. menugaskan seorang malaikat didalam rahim. Malaikat itu berkata:" Hai Rabb nuthfah? Hai Rabb segumpal darah? Hai Rabb segumpal daging? Jika Allah swt. berkehendak menjadikan makhluk, ia berkata 'Wahai Rabb, apakah llelaki atau perempuan? Apakah ajalnya?" itu semua dituliskan di perut ibunya."

Telah di riwayatkan bahawa tulisan itu ditulis di antara kedua mata janin. Sedangkan di dalam Sanad al-Bazzar dari Ibnu Umar ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda:

"Jika Allah swt. berkehendak menciptakan jiwa(manusia) , malaikat penjaga rahim berkata:" Hai Rabb, apakah lelaki atau perempuan?" Dikatakan: "Kemudian Allah swt. mengeluarkan perintah kepadanya,  dan ia berkata: "Hai Rabb, apakah sensara atau bahagia?"
Allah swt. kembali mengeluarkan perintah kepadanya, Kemudian dituliskan diantara kedua matanya apa-apa yang sesuai hingga sampai pada bencana yang akan menimpanya."


Di antara mereka ada yang ditugaskan memikul 'Arsy, seperti yang dikatakan dalam Al Quran:

"(Malaikat-Malaikat) yang memikul 'Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepadaNya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman......"
(AL-MUKMIN:7)
"......Dan pada hari itu lapan orang malaikat menjujungi"Arsy Tuhanmu diatas (kepala) mereka."
(AL-HAAQQAH:17)

Ibnu Abbas berkata: "Lapan baris (shaf) terdiri dari para malaikat."
Diriwayatkan dari Jabir Ibnu Abdullah ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda:

"Aku diizinkzn untuk membicarakan salah seorang dari malaikat-malaikat Allah swt. yakni malaikat yang memikul"Arsy. Bahawa jarak antara telinga sampai ke bahunya dapat adalah sejauh perjalanan selama tujuh ratus tahun."


Di antara mereka terdapat bahagian (kelompok) yang disebutkan al-Karuubiyyiin. Mereka adalah para pemuka malaikat yang terdekat (dengan Allah swt.) . Mereka adalah bahagian yang terdekat dengan malaikat pemikul ' Arsy. Kalimat "al-Hazanu" (kesedihan). Di sebut demikian , oleh kerana ketakutan mereka kepada Allah Yang Maha Tinggi.

Klalimat itu diambil dari lafadz " al-Quwwatu" (kekuatan). Di sebut demikian, kerana kekuatan dan kesabaran yang mereka miliki dalam beribadah kepada Allah swt.

Di antara mereka ada yang ditugaskan menjaga gugusan gunung-gunung. Hal ini disebutkan dalam sebuah hadith ketika Rasulullah saw. keluar menemui Bani Yaalail dan kembali dari mereka. Dalam hadith itu Malaikat Jibril as. berkata kepada Rasulullah saw. " Sesungguhnya Allah swt. telah mendengar perkataan dan tolakan  kaummu kepadamu. Ia mengutus malaikat penjaga gunung bersamaku untuk engkau perintahkan sesukamu.

Jika engkau mahu, Allah swt. akan membalikkan gunung dari atas mereka. Jika engkau mahu, Allah swt. boleh membenamkan mereka ke dalam bumi." Namun Rasulullah saw. bersabda: "Tapi tahanlah (azab) untuk mereka. Semoga Allah swt. mengeluarkan dari kekerasan (hati) mereka hamba-hamba yang menyembahNya dan tidak mempersekutuNya."

Di antara mereka terdapat Malaikat Shaf (baris) yang tidak letih, berdiri, dan tidak rukuk melakukan rukuk, sujud, dan tidak diangkat. Dan di antara mereka ada yang di tugaskan pada hal-hal lainnya. Tidak ada sesuatu pun yang dapat mengetahui jumlah tentera Allah swt. kecuali Dia. Semua itu tidak lain hanyalah sebagai peringatan kepada manusia.

Iman Ahmad meriwayatkan dalam sanadnya bersama Iman Tirmidzi dari Abi Dzar ra. Ia berkata bahawa Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud:

" Sesungguhnya Aku melihat apa-apa yang tidak kamu lihat dan mendengar apa-apa yang tidak kamu dengar. Langit bergemuruh dan memang benar ia bergemuruh. Tidak ada tempat (seluas) empat jari didalamnya kecuali terdapat malaikat yang sedang bersujud. Jika kamu ketahui apa-apa yang Kuketahui, nescaya kamu akan sedikit tertawa dan menangis sebanyak-banyaknya, kamu tidak akan bersenang-senang dengan wanita di atas ranjang dan kamu akan keluar kejalan jalan yang berdebu untuk memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Tinggi."


Makna dari sabda Rasulullah saw. dalam hadith di atas dalam kata: Athatus Samaa' al-Athiith; " Suara pelana yang diletakkan di atas punggung unta." Yakni, banyaknya para malaikat yang terdapat di dalamnya membuatnya berat hingga mengeluarkan suara gemuruh.

Di antara mereka terdapat malaikat yang mengikuti majlis-majlis zikir. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. Ia berkata bahawa Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: " Sesungguhnya Allah swt. memiliki mailaikat-malaikat yang berkeliling di jalan-jalan untuk mencari hamba ahli berzikir. Jika mereka mendapati kaum yang selalu berzikir kepada Allah swt, mereka menyerunya: " Serukanlah keperluan kamu."

Kemudian mereka membawanya dengan sayap-sayapnya ke atas langit bumi. Lalu mereka ditanya oleh Rabbnya (Dia Maha Mengetahui): " Apa yang dikatakan oleh hamba-hambaKu?" Para malaikat menjawap: "Mereka menyucikan dan mengagungkan Engkau, memuji dan memuliakan Enkau. " Allah swt berfirman: "Tidak, demi Allah swt, mereka tidak melihatMu. "Allah swt. berfirman: "Bagaimana kalau mereka melihat Aku? "Para malaikat berkata: "Kalau mereka melihatMu tentunya ibadah mereka  akan bertambah, tambah menyucikan, dan memuliakan Engkau. "Allah swt berfirman: "Mereka memohon syurga kepadaMu. "Allah swt berfirman: "Apakah mereka pernah melihatnya? Para malaikat berkata: "Tidak, demi Allah, mereka tidak pernah melihatNya."

Allah swt. berfirman: " Bagaimana kalau mereka melihatnya? "Para malaikat berkata: " Kalau mereka melihatnya, nescaya mereka akan semakin berhasrat serta tamak memohon dan memintanya. " Allah swt. berfirman: " pada apa mereka memohon perlindungan? "Para malaikat berkata: " Mereka memohon perlindungan dari nerakaMu." Allah swt. berfirman "Apakah mereka pernah melihatnya."

Para malikat berkata: "Kalau mereka melihatnya nescaya mereka akan berlari menjauhinya dan semakin takut."

Allah swt berfirman: "Kamu Aku jadikan saksi bahawa Aku telah mengampuni mereka." Salah seorang dari malaikat-malaikat itu berkata: "Di dalam kelompok mereka terdapat fulan yang bukan bahagian dari mereka. Ia datang ke sana hanya untuk suatu keperluan. "Allah swt. berfirman: "Anggota majlis itu tidak meyengsarakan orang yang duduk bergabung dalam majlis mereka."

Ibnu Hajar dalam kitab Fathul Bari mengatakan bahawa dalam perbincangan tentang Fadhlul Majaalis adz-Dzikri wa adz-Dzaakiriin dan Fadhlul Ijtimaa'alaa-Dzaalik. Bahawa teman duduk mereka bergabung bersama mereka dalam segala sesuatu yang diutamakan Allah swt. atas mereka, sebagai penghotmatan atas mereka sekalipun asalnya ia tidak ikut serta dalam zikir mereka. Di dalamnya terdapat cinta para malaikat kepada anak Adam dan pemeliharaannya pada mereka.

Bahawa pertanyaan kadang-kadang akan timbul dari orang yang bertanya yang tentunya lebih mengetauhui apa-apa yang di pertanyakannya daripada yang ditanya. Hal itu dilakukan untuk menimbulkan perhatian pada apa yang ditanyakannya, menunujukkan kemampuannya dan mengumumkan kemuliaan kedudukannya.

Ciri khas pertanyaan yang diajukan Allah swt. kepada para malaikat dari para penzikir adalah isarat pada perkatan mereka: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan meyucikan Engkau? " Seakan-akan dikatakan kepada mereka: "Lihatlah kepada apa yang mereka capai dari tasbih dan penyucian yang dilakukan mereka dengan berbagai syahwat dan pujuk rayu syaitan yang mencampurinya.

Bagaimana mereka mengatasi hal itu dan menyamai kamu dalam bertasbih dan menyucikan Aku. Dikatakan bahawa perkataan diatas dimabil dari hadith ini. Bahawa zikir yang dihasilkan oleh anak Adam lebih tinggi (nilainya) dari zikir yang dihasilkan dari para malaikat. Kerana zikir yang dilakukan anak Adam diselingi dengan berbagai kesibukan, adanya berbagai perubahan dan timbulnya zikir tersebut di alam ghaib. Dalam hal ini semuanya sangat berbeza dengan para malaikat.


WAHAI SAUDARA DAN SUADARI LIHATLAH SIAPA KITA INI ADAKAH KITA MEMEGANG AMANAH YANG TELAH DIBERI??????????















No comments:

Post a Comment