Ambil tindakan terhadap Hong Seng - Perkasa
Ibrahim Ali bersama para pemimpin Perkasa pada sidang media berhubung beberapa isu termasuk kenyataan seorang paderi dan perhimpunan membela Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 27 Dis. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan ke atas Dr. Eu Hong Seng di bawah Akta Hasutan kerana mempersoalkan mengenai Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, ini kerana kenyataan Pengerusi National Evangelical Christian Fellowship (NECF) itu pada majlis minum petang di sebuah gereja di Subang Jaya, Sabtu lalu itu berbentuk provokasi, menghasut dan tidak bertanggungjawab.
Jelasnya, kenyataan itu juga menggambarkan beliau serta mana-mana pihak yang mempertikaikan mengenai perkara tersebut seolah-olah mahu 'bermusuh' dengan orang Melayu dan Islam.
No comments:
Post a Comment