Saturday, 24 December 2011

Karpal vs Ramasamy

 

Minta Ramasamy letak jawatan TKM II

GEORGE TOWN 24 Dis. - Pertelingkahan antara Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dengan Timbalan Setiausaha Agung parti itu Prof P. Ramasamy semakin tegang apabila Karpal hari ini menyeru Ramasamy mengundurkan diri daripada menjadi Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang.

Karpal yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor, berkata, Ramasamy sepatutnya meletakkan jawatan secara rela hati disebabkan gagal mematuhi arahan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP supaya tidak membuat kenyataan terbuka mengenai parti itu dan menyerang para pemimpinnya.

"Kedudukan Ramasamy dalam kerajaan negeri tidak lagi dapat dipertahankan kerana dia mengetepikan keputusan jawatankuasa tiga anggota parti supaya tidak mendedahkan masalah dalaman parti kepada akhbar," katanya kepada pemberita di sini.

Karpal merujuk kepada laporan sebuah akhbar harian semalam yang memetik Ramasamy sebagai berkata, pengkritik beliau (Ramasamy) sedang berpakat menentangnya kerana dia tidak memenuhi permintaan mereka untuk dapatkan projek dan juga tidak melayan mereka.

Karpal berkata, dengan membuat kenyataan demikian Ramasamy jelas memberi gambaran kepada orang ramai bahawa dia mengaitkannya (Karpal) bersama Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima, RSN Rayer dan ADUN Bagan Dalam, A Tanasekharan.

"Ia memberi implikasi serius bahawa kedudukannya selaku timbalan ketua menteri kini tidak lagi boleh dipertahankan. Ini adalah satu dakwaan serius. Setakat ini Ramasamy tidak pula menafikan kenyataannya itu," katanya.

Karpal mencabar Ramasamy supaya memberikan nama mereka yang terlibat dan melaporkannya kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Oleh kerana dia tidak menafikannya atau membuat sebarang pembetulan tentang laporan berita tersebut, saya mencabarnya memberi nama mereka yang telah dibabitkannya dalam berita itu dan membuat laporan polis dan kepada SPRM disebabkan dakwaan itu bermakna cubaan rasuah," katanya.

Pengerusi DAP itu berkata, Ramasamy gagal dalam tugasnya sebagai timbalan ketua menteri dan juga telah melakukan kesalahan kerana tidak membuat aduan kepada pihak berkuasa berkaitan

No comments:

Post a Comment