Sabar Dan Sakit
Barangsiapa ingin selamat daripada azab Allah, mendapatkan pahala dan rahmat-Nya dan masuk ke Syurga-Nya, hendaklah dia menahan nafsu daripada segala keinginan dunia, di samping sabar atas segala kesulitan dan musibahnya. Allah menyukai orang-orang sabar. Sabar mempunyai banyak macam. Sabar melaksanakan perintah (taat). Sabar meninggalkan larangan-larangan-Nya. Dan sabar ketika mendapat bencana. Barangsiapa bersabar kerana taat, maka pada hari Kiamat Allah akan memberikannya tiga ratus darjat di Syurga. Tiap-tiap darjat itu berjarak antara langit dan bumi. Dan barangsiapa sabar meninggalkan larangan Allah, maka pada hari Akhirat Allah akan memberinya enam ratus darjat. Tiap darjat antara langit dan bumi ke tujuh. Adapun orang yang sabar atas bencana dan musibah, maka pada hari Akhirat Allah akan memberinya tujuh ratus darjat di Syurga. Tiap-tiap darjat di antara Arasy dan Tsura.
Dirawikan daripada Nabi SAW, sesunguhnya baginda bersabda, "Allah telah berkata:
"Barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia mohon perlindungan daripada-Ku pasti Aku memberinya sebelum dia meminta. Dan barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia meminta perlindungan kepada makhluk, pasti KU-tutup semua pintu langit baginya."
Maka orang yang berakal wajiblah dia bersabar atas bencana yang menimpa. Tidak ragu atau mengadu (kepada makhluk). Maka dia akan selamat daripada seksa dunia dan Akhirat. Sesunguhnya bencana yang paling pedih hanya menimpa pada Para Nabi dan Para wali.
Junaid al-Baghdadi ra. telah berkata, "Bala merupakan pelita orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lengah (lupa). Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan sabar."
Rasulullah SAW juga bersabda,
"Barangsiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih daripada dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh."
Telah berkata Adl Dlahak ra. "Barangsiapa tidak diuji antara tiap-tiap empat puluh hari dengan satu bala, kedudukan atau musibah, maka tidak ada kebaikan baginya di sisi Allah."
Daripada Muaz bin Jabal ra. beliau berkata, "Ketika Allah menguji hamba yang mukmin dengan suatu bencana, Dia berkata kepada (Mailakat) pencatat amal buruk, "Hapuskan catatan daripadanya." Dan berkata pada pencatat amal baik, "Tuliskan untuk hamba -Ku yang lebih baik daripada apa yang dia perbuat."
Tersebut pula dalam Hadis. Daripada Nabi SAW, baginda bersabda,
"Ketika seorang hamba sakit, Allah mengutus dua Malaikat kepadanya, seraya berkata, "Lihatlah kalian apa kata hamba-Ku." Jika dia berkata 'Alhamdulillah' maka beritahukan pada Allah, Dia lebih tahu, lalu berkata, "Aku berjanji untuk hamba-Ku. Jika Aku mematikannya, kemasukan dia ke Syurga. Dan jika Aku menyembuhnya, Ku ganti dia daging yang lebih baik daripada daginnya serta darah yang lebih baik daripada darah nya. Dan Aku hapuskan pula keburukannya."
Tersebut dalam kisah. Ada salah seorang laki fasik daripada Bani Israel. Orang sekampung tidak dapat lagi membendung kefasikannya. Mereka mengadu kepada Allah. Lalu Allah memberi wahyu kepada Nabi Musa as. bahawa di antara Bani Israel itu ada seorang pemuda fasik. Kemudian Nabi Musa mengusir pemuda itu dari kampung mereka. Sehigga mereka tidak terjilat api (Neraka) oleh kefasikannya. Maka pergilah pemuda itu ke suatu kampung. Kemudian Allah SWT memerintahkan lagi agar nabi Musa as. mengusitnya. Maka dia mnegusirnya pemuda itu. Sehingga pemuda itu pergi ke suatu tempat yang tidak terdapat manusia, tanaman, binatang liar atau burung. Di situlah dia sakit dan tidak ada pula yang menolong. Dia jatuh ketanah, Dia meletakkan kepala sambil berkata, "Kaulah kepalaku ini dibangku oleh ibuku, tentulah dia mengasihiku. Tentulah dia menagis merapatiku. Kaulah ayahku ada di sini, pastilah dia akan menolong dan merawatku. Kaulah isteriku ada di sini, tentu akan menagisi kematianku. Jika anak-anakku ada, tentulah mereka akan tersedu-sedu mengiringkan jenazahku, lalu mereka akan berdoa, "Ya Tuhan, ampunilah ayahku ini. Yang lemah, fasik, derhaka, yang terusir dari kota kampung dan dari kampung ke padang yang gersang. Yang keluar dari dunia dan ke Akhirat tampa harapan suatu apa pun. Ya Allah Engkau telah memisahkan aku dari orang tuaku, anak-anakku dan isteriku. namun janganlah Engkau pisahkan aku daripada rahmat-Mu.
Sesunguhnya Engkau telah membakar hatiku sebab berpisah dengan mereka. Namun janganlah engkau bakar hati ini dengan Neraka-Mu kerana kemaksiatanku. "Kemudian Allah mengutuskan bidadari menjelma menyerupai ibunya. Dan bidadari lain menjelma menjadi isterinya. Begitu ghilam (anak-anak Syurga) menjelma sebagai anak-anaknya. Serta mengutus Malaikat seolah oleh menjadi bapanya. Mereka duduk disisinya dan merapati. Lalu lelaki itu berkata. "Sesungguhnya ini ibu bapaku, isteriku, anak-anakku telah hadir di sisismu. " Maka legalah hatinya sehingga pulang ke rahmatullah dengan suci terampun dosanya. Kemudian Allah memberi wahyu kepada nabi Musa, "Pergilah ke suatu padang di sebuat tempat di sana. Di situlah mati seorang wali. Maka hadir dan uruslah dia! "Ketika Musa as. datang di tempat itu, beliau melihat pemuda yang diusirinya dari kota dan dari kampung dengan perintah Allah. Juga baginda lihat para bidadari mengerumuninya. Lalu baginda berkata, Ya Tuhanku, bukankah ini pemuda yang aku usir dari kota dan dari sebuah kampung atas perintahMu? Allah berkata, "Wahai Musa sesunguhnya Aku telah merahmati dan mengampuninya. Sebab dia merapat di tempatnya. Dia tinggalkan kampung halamannya, kedua orang tuanya, bahkan anak-anak dan isterinya, Malaikat sebagai bapanya. Mereka mengasihi kepedihan dan pengasingannya. Sesunguhnya jika orang meninggal di tempat jauh, maka ahli bumi dan ahli langit akan menangis mengasihaninya. Lalu bagaimana Aku tidak mengasihinya sedangkan Aku Maha Pengasih?"
Jika seseorang menghadapi sakaratul maut di permusafiran, Allah akan berkata, "Wahai Malaikat-Ku, ini adalah orang asing sedang bermusafir. Dia meninggalkan anak dan isteri dan orang tuanya. Jika dia mati tiadalah yang menangis dan merapatinya. " Kemudian Allah menjadikan seorang Malaikat meyerupai bapanya, sorang lagi menyerupai ibunya, seoarng lagi meyerupai anaknya dan seorang lagi menyerupai keluarganya. Mereka masuk dan membukakan matanya. Sehingga dia melihat orang tua dan keluarganya. Senanglah hatinya. Sehingga dia menghembuskan nafas terakhir dengan tenang dan bahagia. Kemudian ketika jenazahnya diusung, mereka menghantarkan ke kubur dan mereka berdoa sampai Akhirat.
"Allah Maha Halus (penyantun) kepada hamba-hamba-Nya.....
(Q.S Asy Syura: 19)
Ibnu Aththok berkata, "Akan terbukti keteguhan dan kebohongan seorang hamba sewaktu berlakunya bencana mahupun kemakmuran. Barangsaiapa bersyukur di saat makmur, tetapi mengeluh bila ditimpa bencana, jelas dia orang yang dusta. Meskipun orang yang mempunyai segudang ilmu, tetapi mengeluh jika terkena angin bencana, sungguh tidak berguna ilmu dan amalnya. Allah telah berfirman dalam Hadis Qudsi:
"Barangsiapa tidak rela dengan keputusan-Ku dan tidak syukur pula dengan pemberian-Ku, hendaklah dia cari Tuhan selain Aku!"
Wahab bin Munabbah bercerita: Ada seorang nabi telah menyembah kepada Allah selama lima puluh tahun. Kemudian dia mendapat wahyu dari Allah mengatakan, "Aku telah mengampunimu. "Dia bertanya, "Mengapa Engkau mengampuniku sedangkan aku tidak pernah berdosa? "Kemudian Allah memerintahkan agar sebatang pohon menimpanya sehigga dia kesakitan dan tidak tidur semalam suntuk. Kemudian dia mengadukan perihalanya itu kepada Allah. Maka pohon itu berkata, "Sesunguhnya Allah berkata kepadamu bahawa ibadah lima puluh tahun itu belum cukup untuk menebus keluhan itu."
No comments:
Post a Comment