Friday, 23 December 2011

Pahala Sedekah Pada Saudara -Mara Kita

TUMPUAN KHAS TERHADAP SILATURRAHIM

Fasal ini adalah sehenarnya penamat bagi Fasal-Fasal yang terdahulu. Allah swt di dalam KitabNya yang suci dan Baginda Rasulullah SAW di dalam sabdaan-sabdaannya telah mengarahkan dan memberi amaran-amaran khas terhadap mereka yang memutuskan hubungan silatur rahim dengan saudara-maranya. Oleh itu satu Fasal yang berasingan digunakan untuk membincangkan kepentingan perkara ini. Baginda Rasulullah SAW bersabda bahawa perbelanjaan untuk saudara-mara mendatangkan dua kali ganda pahalanya.

Apabila Ummul Mukmineem Hadrat Maimunah ra. telah membebaskan seorang hamba wanita, maka Baginda Rasulullah SAW bersabda, "Jikalau kamu telah berikan hamba tersebut kepada paman-pamanmu disebelah ibu, maka itu adalah lebih baik."

Oleh itu , jika tidak ada tuntutan agama yang penting, maka sedekah kepada saudar-mara adalah lebih baik daripada sedekah biasa. Akan tetapi, jika sekiranya ada apa-apa keperluan agama maka pahala untuk membelanjakan harta pada Jalan Allah adalah berlipat kali ganda higga ke tujuh ratus kali ganda.

Di dalam Al Quran dan hadith ada banyak galakan dan dorongan terhadap bersilaturrahim dan banyak lagi amaran akibat memutuskan hubungan silaturrahim dengan saudara-mara. Tetapi oleh kerana takut risalah ini akan menjadi tebal, aku membincangkan hanya tiga ayat yang menunjukkan galakan dan tiga ayat amaran dan beberapa hadith mengenai perkara ini.


"Sesungguhnya, Allah Taala memerintahkan untuk adil dan ihsan dan untuk memberi kepada saudara-mara. Dan mencegah daripada perbuatan keji, kemunkaran dan permusuhan. Dan Allah SWT menasihati kamu (mengenai perkara ini) supaya kamu dapat pelajaran. ( Nahal: 90 )

No comments:

Post a Comment