Thursday, 29 December 2011

Ini Masage , Jangan Main Api...................


NGA Tuduh PELURU HIDUP Datang Dari Manjung

                                         

Selepas pelbagai kontroversi perkauman dan salah laku yag dilakukan oleh Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming, semalam pemimpin DAP itu mendakwa menerima peluru hidup yang dihantar melalui pos ke rumah ibu beliau.

Nampaknya ada individu yang begitu panas hati dengan perlaku Nga yang semakin berani atau mungkin peluru itu dihantar sendiri ke rumahnya dan kemudian beliau mendakwa mendapat ugutan bunuh. Semua itu lakonan biasa bagi pemimpin pembangkang.

Apa yang peliknya, dalam sidang media yang dibuat Nga semalam tidak ada langsung raut wajah takut atau gerun dengan ugutan itu malah perilaku beliau lebih dasyat dari selalu dimana dengan lantangnya Nga mendakwa surat yang mengandungi peluru itu dihantar dari Manjung.

Adakah Nga secara ‘indirect’ sedang membuat tuduhan ke atas orang Barisan Nasional namun masyarakat perlu sedar sepupu Nga iaitu Ngeh Khoo Ham merupakan Adun Setiawan. Terdapat kemungkinan ia dihantar oleh mereka sendiri.

Malah Nga mendakwa cop pendaftaran yang kurang jelas di bahagian sampul surat itu namun ada beberepa perkataan yang jelas kelihatan diaman tertulis ‘MA…..’ dan ia menguatkan prasangka beliau yang kononnya peluru hidup itu dihantar dari Manjung.

Wahai Nga, dalam Perak terdapat banyak tempat yang namanya mempunyai perkataan atau huruf “MA…..”,senang-senang sahaja beliau mendakwa peluru itu dari “MAnjung”. Kenapa tidak dituduh peluru itu dihantar dari “MAlim Nawar” atau “Tanjung MAlim”.

Nampak sangat ada niat tertentu peluru itu dihantar dan ada logiknya ia dihantar sendiri oleh mana-mana pemimpin DAP sebagai mainan politik mereka.

Selain itu, Nga juga mempertikaian tindakan individu berkenaan yang menghantar peluru hidup itu ke rumah ibunya.

“Saya tidak tidak tahu mengapa peluru hidup ini dihantar melalui pos ke rumah ibu saya… ini adalah sesuatu yang serius dalam soal politik kita tidak harus melibatkan ahli keluarga apatah lagi ibu seseorang itu”

Demikianlah kata Nga pada sidang media itu. Pandai betul pemimpin putar belit ini berkata-kata.

Sebelum ini iaitu pada Persidangan Dewan Undangan Nereri yang berlangsung awal Disember 2010, isu apa yang pembangkang mainkan kalau tidak pertikaian yang membabitkan ibu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Beginilah resam Pakatan Rakyat, bila mereka yang terkena maka yang menjadi tuduhan semuanya orang UMNO yang buat, begitu juga apa yang berlaku sekarang dimana ketika mereka sibuk mengheret ibu Zambry dalam modal politik mereka pada sidang dun ketika itu tidak ada salahnya pula. Namun hari ini apabila menerima peluru yang di pos ke alamat rumah ibu Nga, maka bertempik terlolonglah pemimpin Pakatab Rakyat.

Dapat dilihat tidak ada demokrasinya dalam amalan biasa DAP ini kan jika mereka yang mentadbir negara.

Pandai menuduh dan kononnya menyelar tindakan penghantar peluru ke rumah ibunya namun bagaimana pula tomahan dan penghinaan yang dilemparkan ke atas Zambry berkaitan isu rumah ibunya di Pulau Pangkor.

Memang tidak dinafikan, Nga cuba meraih kembali simpati rakyat terutama kaum Cina setelah nama beliau semakin busuk dalam arena politik berikutan pelbagai aktiviti haram yang dilakukan ketika mentadbir Perak selama 11 bulan lalu terbongkar sedikit demi sedikit.

Malah akibat kelancangan mulut durjana Nga juga nampaknya telah menyebabkan rakyat semakin menolak DAP berikutan sikap majority pemimpin parti itu yang rasis

No comments:

Post a Comment