Wednesday, 28 December 2011

Kalau Betul Tangkap Dia............


Mana suara mufti zakat biayai guaman menteri


KUALA LUMPUR, 29 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta para ulama dan Mufti di negara ini bersuara dengan memberikan pandangan terhadap isu penggunaan duit zakat untuk tujuan membayar kos guaman Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata pandangan segera para ulama dan Mufti penting bagi mengelakkan timbulnya pelbagai persepsi negatif dari umat Islam di negara ini terhadap institusi zakat dan pemimpin yang berkuasa menjaga institusi tersebut.

Katanya, isu sama ada duit tersebut telah dikembalikan tidak timbul kerana persoalan pokok yang perlu dijawab adalah bolehkah duit zakat digunakan untuk kepentingan peribadi pemimpin.

"Sebagai pemimpin yang berkuasa dalam urusan hal ehwal umat Islam di negara ini, sepatutnya beliau memegang amanah ini sebaiknya.

"Wang zakat perlu diuruskan dengan betul dan disalurkan ke tempat yang sewajarnya. Wang zakat tidak boleh sewenang-wenangnya dikeluarkan selain dari urusan yang selayaknya," katanya dalam satu kenyataan.

Adakah benar , kenyataan yang di keluarkan oleh Dewan Pemuda Pas Wilahyah Persekutuan (DPPWP). Kalau betul lebih baik Menteri tersebut meletakkan jawatan dan bertaubat dan minta pihak berkuasa mengambil langkah kepada menteri tersebut kerana pecah amanah.............


No comments:

Post a Comment