Sunday, 29 January 2012

Amerika tunduk pada Taliban........


Taliban bertemu pegawai AS




WASHINGTON 29 Jan. - Taliban memulakan pertemuan dengan pegawai Amerika Syarikat (AS) di Qatar, baru-baru ini untuk membincangkan pendekatan awal dalam usaha menamatkan perang di Afghanistan, lapor akhbar The New York Times, hari ini.

Akhbar itu yang memetik beberapa bekas pegawai Taliban berkata, pendekatan awal itu turut melibatkan kemungkinan pemindahan banduan.

Setiausaha Majlis Pendamaian Tertinggi, Aminundin Muzaffari berkata, kerajaan Afghanistan menunggu lawatan delegasi kerajaan Qatar ke Kabul bagi menerangkan peranan mereka dalam rundingan tersebut.

The New York Times melaporkan wakil Taliban yang terdiri antara empat hingga lapan orang itu pergi ke Qatar dari Pakistan bagi menubuhkan satu pejabat politik untuk kumpulan itu.

''Kenyataan itu mencadangkan Taliban yang sebelum ini tidak secara umum menyatakan akan mengadakan rundingan bagi menamatkan perang di Afghanistan, bersedia untuk mengadakan rundingan awal,'' lapor akhbar itu.

Ia melaporkan, pegawai AS tidak menafikan rundingan itu.

''Rundingan itu seolah-olah menerima kelulusan tanpa bertulis daripada Pakistan yang sebelum ini menghalang usaha Taliban untuk mengadakan rundingan damai,'' lapor akhbar itu.

No comments:

Post a Comment