KUALA LUMPUR 2 Jan. - Polis memberi amaran kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan hasutan pihak tertentu yang mengajak mereka menyertai Kempen Bebaskan Anwar 901 yang dirancang pada 9 Januari ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar (gambar) berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa terdapat individu tertentu yang cuba menghasut orang ramai menyertai kempen berkenaan sempena keputusan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Pelbagai kain rentang dan sepanduk digantung di tempat-tempat awam. Selain itu, pelbagai mesej disalurkan menerusi media sosial mengajak orang ramai berkumpul di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta pada 9 Januari ini.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan hasutan pihak-pihak ini yang sengaja ingin membawa masalah mereka ke jalanan dan seterusnya menghuru-harakan negara yang kita cintai," katanya menerusi laman sosial Facebook beliau, hari in
No comments:
Post a Comment