Tuesday 24 January 2012

DAP terkejut ..................


Guan Eng terkejut ketika di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina BN P.Pinang






Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) mengamalkan prinsip "semangat kekitaan dan rasa kebersamaan" bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Beliau berkata dengan berpegang kepada prinsip berkenaan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum mampu untuk bergerak ke hadapan sebagai satu negara, satu bangsa dan satu visi.

"Kita perlu sokongan daripada semua kaum, Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli dan pelbagai lagi. Sekiranya semua ini bergerak sederap (serentak) sebagai satu bangsa, satu negara dan satu satu visi maka Insya-Allah kita akan mencapai apa yang diharapkan.

"Ini bukanlah satu impian yang tidak mungkin jadi kenyataan, ini bukanlah igauan tetapi satu impian manis yang boleh jadi kenyataan kalau kita bergerak dengan semangat kekitaan dan rasa kebersamaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN Pulau Pinang di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang juga Pengerusi BN Negeri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Pengerusi Gerakan, Datuk Dr Teng Hock Nan; Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Othman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.





Guan Eng tentu terkejut kehadiran begitu ramai rakyat ( 10 ribu )  terutama pengundi Cina 
di  Rumah Terbuka anjuran BN P.Pinang ...




 BN masih lagi mendapat tempat di hati rakyat P.Pinang 


slogan menarik BN P.Pinang untuk pengundi Cina negeri ini iaitu 
"Najib untuk Dasar Kesederhanaan @ Najib For Mederation "






No comments:

Post a Comment