MUTAKHIR DARI LUAR MAHKAMAH
BERIKUT adalah perkembangan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur hari ini.
- 7.15 pagi: Penyokong dan peserta perhimpunan 901 di kawasan parkir dianggarkan sekitar 2,000 orang
- 6.40 pagi: Petugas media yang gagal memperlihatkan pas perakuan media kepda pihak polis yang ditugaskan berkawal di pintu pagar utama tidak dibenarkan memasuki kawasan perkarangan kompleks mahkamah
- 6:30 pagi: Sebuah helikopter milik Unit Udara PDRM dilihat diruang udara dipercayai mengawal pergerarakan trafik dan penyokong Anwar Ibrahim
- 6.20 pagi: Laungan reformasi mula kedengaran
- 6.15 pagi: Kesabaran petugas media menunggu untuk masuk ke dalam komplkes mahkamah berakhir apabila diberi kebenaran. Kira-kira 150 petugas media dikehendaki beratur sebelum dibenarkan masuk ke pekarangan Kompleks Mahkamah. Difahamkan, hanya 47 wakil media yang disenaraikan sahaja dibenar masuk ke dalam kamar mahkamah bagi mengikuti prosiding
- 6 pagi: Semua penyokong termasuk petugas media yang berkumpul di pekarangan luar jalan msuk mahkmah bergerak masuk ke pintu pagar setelah dibenarkan pihak polis yang berkawal di pos pertama dekat lorong masuk utama
- 6 pagi: Hujan renyai memaksa peserta mendesak polis membuka laluan ke pagar utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Namun, dimaklumkan polis hanya membenarkan pintu dibuka seawal jam 7 pagi.
- 5.21 pagi: Dua bas PDRM diiringi dua polis trafik bermotor memasuki perkarangan mahkamah
- 5.14 pagi: Kelihatan lima trak polis masuk ke dalam kawasan kompleks mahkamah
- Sekitar 4 pagi: Petugas media semakin ramai yg hadir
- 3.56 pagi: Penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mula dilihat berkumpul di kawasan menuju ke pintu masuk utama Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. Walaupun, terpaksa berhadap dengan kesejukan awal pagi ditambah dgn keadaan hujan renyai-renyai, mereka dilihat tetap setia menunggu bagi mengetahui keputusan kes liwa
No comments:
Post a Comment