Wednesday 18 January 2012

Pandangan Lim Guan Eng............

Ini adalah pandangan yang baik oleh Lim Guan Eng

Jika kerajaan pusat dapat mempertimbangkan pendapat Lim Guan Eng ini akan mendapat kepercayaan dari rakyat bahawa BN adalah parti yang bersih dan juga akan mendapat pandangan positif di mata rakyat. Pandai juga anak Lim Kit Siang. Saya petik artikel tersebut dari Harakahdaily.

PULAU PINANG, 18 Jan: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) telah menghantar surat kepada Perdana Menteri bagi meminta diadakan perbincangan tentang pilihan raya kerajaan tempatan.

Surat itu telah dihantar beliau kepada Perdana Menteri pada 12 Mac dan salinannya diedarkan kepada media hari ini.

Menurut Lim, kerajaan negeri Pulau Pinang telah membuat keputusan supaya pilihan raya kerajaan tempatan diadakan untuk memilih ahli-ahli majlis perbandaran di negeri itu.

Perkara 113 (4) Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan kerajaan negeri boleh memberikan kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya selain dari pilihan raya umum.

"Kami sedar YAB Datuk Seri mempunyai pandangan lain dan tidak bersetuju dengan pilihan raya kerajaan tempatan tetapi memang terbukti amalan demokrasi akar umbi telahpun membolehkan urustadbir yang lebih cekap, akauntable dan telus berbanding dengan sistem perlantikan," katanya dalam surat itu.

Amalan antara bangsa pula, katanya, menunjukkan tren ini dengan 101 daripada 192 buah negara Bangsa-bangsa Bersatu mengamalkan sistem pilihan raya kerajaan temapatan.

Menurut Guan Eng, pihaknya telah juga menulis surat kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 4 Mac 2010 lagi mengenai perkara tersebut dan sedang menunggu maklum balasnya.

Sehubungan itu, katanya, pihak beliau sedia bertemu dengan Perdana Menteri bila-bila masa bagi membincangkan perkara tersebut

No comments:

Post a Comment