Saturday, 14 January 2012

Pakatan Rakyat Malaysia Bankrap

Janji Najib di Selangor

NAJIB Tun Razak bersalaman dengan orang ramai semasa membuat tinjauan mesra bertemu para peniaga di Kompleks PKNS, Shah Alam, Selangor


SHAH ALAM 13 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan seluruh rakyat Selangor bahawa masalah yang dihadapi mereka ketika ini tidak akan selesai sekiranya kerajaan negeri terus ditadbir pakatan pembangkang.

Perdana Menteri berkata, banyak masalah yang timbul tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, malah masih banyak janji pilihan raya umum lalu gagal ditunaikan meskipun pembangkang sudah berkuasa di negeri ini hampir empat tahun.

“Kita dapati pemerintahan kerajaan negeri mencecah empat tahun sejak pilihan raya 2008, tetapi amat jelas dalam banyak hal, ada perasaan kecewa di kalangan rakyat negeri ini kerana janji-janji kerajaan negeri tidak ditunaikan seperti mana yang dialami penduduk di Pangsapuri Rimba Jaya pada hari ini.

“Begitu juga dengan golongan peniaga seperti di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang mengadu hal mengenai kerajaan negeri yang sebelum ini menabur janji lunak dan manis.

“Apabila sudah berkuasa para pekedai di kompleks berkenaan dikenakan kenaikan sewa bukan 10 peratus, bukan 20 peratus tetapi 100 peratus. Saya kata keputusan itu amat keterlaluan dan tidak adil kepada peniaga. Kalau jualan naik tidak apalah tetapi ada jualan tidak naik (sebaliknya) menurun pun ada tetapi mereka dikejutkan dengan kenaikan sewa 100 peratus ini,” katanya berucap pada ‘Program Sepetang Bersama PM’ yang dihadiri lebih 2,000 penduduk Pangsapuri Rimba Jaya di sini hari ini.

Harakahdaily pula semalam Timbalan Ketua PAS Mat Sabu berkata bahawa pada PRU 13 beri undi pada Pakatan Rakyat supaya mereka (PR) dapat menyelamatkan negara dari bankrap. Penyelamat yang akan menyelamatkan Malaysia dari bankrap adalah Anuar Ibrahim dan keluarga, Mat Sabun (Fab), Karpal Sing& Family, Lim Kit Siang & Family dan yang lain gambar di bawah.???

Mereka yang di gambar ini adalah rescue 911 iaitu menyelamatkan negara dari bankrap





ALOR SETAR, 14 Jan: Seluruh rakyat negara ini diingatkan agar jangan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat setelah Malaysia bankrap, sebaliknya perlu berbuat demikian pada Pilihan raya Umum ke-13 akan datang.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu(gambar) berkata, tindakan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 amat penting bagi membolehkan Pakatan Rakyat menyelamatkan negara dari kejadian itu.

Menurutnya, sekiranya undi diberikan kepada Pakatan Rakyat setelah Malaysia bankrap, ia sudah tidak bermakna lagi kerana tindakan tersebut ternyata telah terlewat

"Jadi untuk menyelamatkan Malaysia, undilah Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 ini. Jangan beri undi kepada Pakatan Rakyat setelah Malaysia bankrap.

No comments:

Post a Comment