Inilah Cara Seseorang Pemimpin Yang Rakyat Perlu
Kita rakyat perlu mendapatkan pemimpin yang boleh membawa perubahan kepada negara dan kita rakyat tidak perlu pemimpin yang menghuru-harakan negara. Tidak kira mereka dari golongan BN atau PR dan kami rakyat telah belajar sejarah dari zaman Nabi Muhammad SAW. banyak pengorbanan telah korban. Pada zaman sekarang kita tidak perlu pengorbanan nyawa atau demostrasi (mengunakan rakyat sebagai senjata politik). Politik tersebut sudah lapuk dan politik sebegini perlu ubah. Pemimpin perlu membawa cara berpolitik yang berlainan daripada politik yang telah lapuk ini.
Pengorbanan rakyat sedang berlaku di bumi Arab pada masa sekarang seperti negara Libya, Syria, Iraq dan lain-lain negara. Politik sebegini rakyat yang terkorban beribu-ribu nyawa terkorban dan kami menolak cara berpolitik sebegini. Untuk berjuang tidak perlu pengorbanan nyawa atau demostrasi, kita perlu perjuangan yang sebenar-benarnya bukan nyawa rakyat.
Kita perlu seorang pemimpin yang berwibawa dan pemimpin yang beramanah.......
SIAPA PEMIMPIN YANG KITA CARI ???
Kita perlu ingat selepasa Tun Husien Onn datang seorang pemimpin yang bernama Dr Mahathir Mohadmmad . Beliau telah mengubah negara ini dengan cara berpolitik yang terbaru dan telah mengubah negara kita Selepas beliau bersara datangnya Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau pun telah mengubah dengan cara politik yang berlainan tetapi tidak mahu mendapat pandangan dari pemimpin yang telah bersara (Tun M). Sekarang kita telah melantik Dato Sri Najib Tun Razak. Beliau seorang pemimpin yang cara berpolitik yang berbeza .
Bolehkah beliau (PM) ubah cara berpolitik yang berlainan atau pun ada pemimpin yang lain?
Inilah cara untuk menegur pemimpin bukan cara berdemostrasi
Menteri wajar isytihar harta kepada SPRM: Dr Mahathir
2012/01/23KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri Kabinet perlu bersifat telus dan jujur dalam apa juga perkara, termasuk mengisytiharkan harta mereka dan keluarga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bekas Perdana Menteri itu berkata, sebelum ini Menteri Kabinet hanya wajib mengisytiharkan harta mereka kepada Perdana Menteri sahaja.
"Ia adalah sesuatu yang baik jika dapat isytihar pada satu badan yang tidak ada kepentingan politik dan neutral," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai cadangan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah supaya anggota pentadbiran Persekutuan termasuk Menteri Kabinet menyerahkan salinan fail pengisytiharan harta mereka dan keluaraga kepada SPRM.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata maklumat tersebut tidak perlu dimaklumkan kepada masyarakat umum kerana ia akan mengundang pelbagai spekulasi dan fitnah.
"Jika ia diketahui umum, akan timbul pelbagai tohmahan dan fitnah. Kita tak mahu perkara itu berlaku. Orang ramai hanya akan memberi perhatian terhadap perkara itu dan bukan kepada soal perpaduan dan pembangunan negara kita," katanya.
Dr Mahathir juga berkata, jika mereka yang menjadi menteri enggan bersikap telus, termasuk mengistiharkan harta, mereka patut meletakkan jawatan secara sukarela sebelum dipecat
No comments:
Post a Comment