Thursday 19 January 2012

Kes NFC dan Sharizat............

Venue : Ladang lembu NFC, Gemas, Negeri Sembilan 


Tarikh lawatan : 18/11/2011
Dua minggu lepas saya mengikuti rombongan Sdr Rafizi, Pengarah Strategik PKR bersama rombongan Jingga 13 dan wakil-wakil media ke Ladang NFC. Laporan nya di SINI.
Minggu ini pula saya mendapat peluang untuk mengikuti beberapa orang kenalan untuk membuat lawatan kedalam kawasan fidlot dan pusat penyembelihan NFC. Terlalu banyak telah diperkatakan Rafizi dan Zuraidah tanpa ada sebarang jawapan dari pihak NFC. Pihak Rafizi pun tidak mempunyai maklumat terkini atau gambaran sebenar dari dalam kawasan ladang. Peluang untuk mengumpul maklumat tidak boleh saya lepaskan begitu saja.

Harapan saya para pembaca dapat menilai sendiri keadaan sebenar operasi ladang NFC berdasarkan maklumat yang telah dikumpul dan rakaman percakapan yang telah saya buat. Lain lain dakwaan mulut kenalah tuan punya badan menjawab dan mengambil tindakkan yang difikirkan perlu.

Amat sayang jika projek berskala besar sebegini hancur kerana godaman politik. Perlu diingat operasi NFC baru berjalan 3 tahun dari tempoh 30 tahun yang telah diberikan kepada mereka.

Video 1 : Pusat fidlot NFC di Gemas, Negeri Sembilan. Terdapat kira-kira 1,300 ekor lembu jenis Brahman dari Australia di pusat tersebut.


Lihatlah duit RM 250 juta apa yang di lakukan untuk kegunaan rakyat tetapi apa yang di dakwa oleh Pembangkang bahawa duit tersebut di sundel oleh Sharizat adakah benar buktikan jiaka benar. Video di atas dan di bawah membuktikan bahawa beribu ekor lembu telah di sembelih dan telah di edarkan ke seluruh negara. Pihak pembangkang ingin menjatuhkan UMNO untuk mendapatkan sokongan dari rakyat telah menfitnah bahawa Sharizat telah sundel duit RM 250 juta.



No comments:

Post a Comment